Perlis Tegas Pertahan Harumanis Sebagai Hak Eksklusif Negeri 1

Perlis Tegas Pertahan Harumanis Sebagai Hak Eksklusif Negeri, Minta Negeri Lain Tak Gunakan Jenama Tersebut

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Perlis tegas pertahan jenama harumanis.

Jika dahulunya buah mempelam harumanis hanya boleh didapati di Perlis sahaja, kini buahan yang menjadi kegilaan ramai apabila tiba musimnya sudah boleh didapati di negeri lain seperti Terengganu, Kelantan dan Kedah.

BACA: Pemilik Dusun Durian Bergelar ‘Orang Kaya Baharu’ Mampu Raih Pendapatan Hingga Ratusan Ribu Ringgit

Bertegas mahu mempertahankan harumanis sebagai ikon negeri Perlis, Pengerusi Persatuan Pengusaha Harumanis Perlis, Datuk Hashim Suboh memberitahu setakat ini tiada mana-mana pihak diizinkan untuk menggunakan jenama Harumanis untuk produk mereka.

Larangan tersebut adalah bertujuan mengelakkan kekeliruan pengguna terhadap produk Harumanis Perlis dengan produk mempelam yang diusahakan di negeri lain.

Menurut Datuk Hashim, sekiranya negeri lain mahu memperkembangkan tanaman harumanis, harumanis keluaran Perlis mesti dinamakan sebagai Harumanis Perlis. Begitu juga dengan negeri lain yang mengusahakan harumanis perlu meletakkan negeri keluaran supaya produk mereka ‘tidak terganggu’.

Perlis Tegas Pertahan Harumanis Sebagai Hak Eksklusif Negeri
Sumber: Crisp of Life

Tambah Datuk Hashim, biarpun pengusaha harumanis di luar Perlis menggunakan teknik penanaman yang sama, tetapi kualiti, rasa dan penampilan harumanis mereka tetap berbeza dengan Harumanis Perlis kerana sifat tanah dan faktor cuaca.

Perlis tegas pertahan jenama harumanis

Untuk pengetahuan anda, jenama harumanis telah disahkan sebagai hak milik eksklusif kerajaan Perlis selepas pendaftaran jenama berkenaan diluluskan secara rasmi oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada 2015.

Setakat hari ini, terdapat kira-kira 3,000 pengusaha harumanis berstatus kebun di Perlis telah menyumbang RM70 juta kepada ekonomi negeri dengan kawasan tanaman seluas 150 hektar.

Sumber: Astro Awani