Perlis Dalam Proses Usahakan Harumanis Sebagai Cap Dagangan Negeri 1

Perlis Dalam Proses Usahakan Harumanis Sebagai Cap Dagangan Negeri

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Perlis dalam proses usahakan ‘harumanis’ sebagai cap dagangan negeri.

Akhir Jun lalu, isu cap dagangan harumanis menjadi bualan hangat di media sosial susulan daripada ketegasan Perlis mempertahankan jenama harumanis mereka.

BACA: Perlis Tegas Pertahan Harumanis Sebagai Hak Eksklusif Negeri, Minta Negeri Lain Tak Gunakan Jenama Tersebut

Bertegas mahu mempertahankan harumanis sebagai ikon negeri Perlis, Pengerusi Persatuan Pengusaha Harumanis Perlis, Datuk Hashim Suboh memberitahu setakat ini tiada mana-mana pihak diizinkan untuk menggunakan jenama Harumanis untuk produk mereka.

Dalam perkembangan terbaharu, Perlis kini dikatakan sedang dalam proses menjadikan ‘harumanis’ sebagai cap dagangan Perlis supaya buah yang sinonim dengan negeri itu tidak digunakan pihak lain.

Perlis Dalam Proses Usahakan Harumanis Sebagai Cap Dagangan Negeri

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Nurulhisham Yaakob berkata pada masa ini harumanis yang dikeluarkan Perlis akan menggunakan nama ‘Mangga Harumanis Perlis’ bagi membezakannya dengan buah mangga dari tempat lain.

Ini bermakna jenama ‘harumanis’ boleh digunakan oleh mana-mana pihak tetapi bukannya ‘Mangga Harumanis Perlis’. Jika didapati bersalah, tindakan boleh diambil menurut Akta Petunjuk Geografi 2000.

BACA: Status Jenama Harumanis Perlis, Ini Penjelasan Daripada Pihak MyIPO

Untuk pengetahuan anda, jenama ‘Mangga Harumanis Perlis’ sudah didaftarkan dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia oleh Jabatan Pertanian Perlis di bawah Akta Petunjuk Geografi 2000 (Peraturan-Peraturan Geografi 2001) dan berkuat kuasa bermula 2 Ogos 2011 hingga 2 Ogos 2021.

Jika dahulunya buah mempelam harumanis hanya boleh didapati di Perlis sahaja, kini buahan yang menjadi kegilaan ramai apabila tiba musimnya sudah boleh didapati di negeri lain seperti Terengganu, Kelantan dan Kedah.

Jadi pendaftaran tersebut adalah jaminan bahawa kualiti harumanis Perlis tidak sama dengan harumanis yang dikeluarkan negeri lain.