
Perlekeh Pelaksanaan Hari Jawi, Ada Yang Mahu Jumaat Turut Diiktiraf Sebagai ‘Hari Makan Babi’
Beberapa ndividu didapati perlekeh pelaksanaan Hari Jawi.
10 Julai yang diumumkan sebagai permulaan kepada ‘Hari Jumaat Hari Jawi’ oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri nampaknya megundang rasa tidak senang beberapa individu.
Di ruangan komen hantaran Facebook MalaysiaKini Chinese Version mengenai pengumuman ini, ada beberapa individu yang perlekeh usaha memartabatkan tulisan Jawi dengan meninggalkan komen-komen berbaur kontroversi antaranya:
“Satu padukan rakyat dengan memakan babi.”
“Juga hari berzina.”


Isu penentangan tulisan Jawi sudah sekian lama dibangkitkan oleh pihak yang anti-Jawi.
Ketika kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah, Menteri Pelajaran pada ketika itu, Dr Maszlee Malik mengumumkan akan memperkenalkan tulisan khat tiga muka surat dalam sukatan mata pelajaran Bahasa Melayu Darjah 4 bermula tahun 2020.
https://www.facebook.com/odisimy/posts/1774018262731382?__xts__%5B0%5D=68.ARAQOVIQ6WrT3sAIF2h5B7pQKhovcwsbU46KgPDA8tb5CBB5RwijK4QwLXNkGkDaZwx-gE7LtBohE673VVrjubtFnJA17fHwuSaBJ1InqaKI9JSTyYuOU60pc1ZjX9ntdgVS_D4jmupNq5mLN1TzcVH_0J8EkUkgXQlw8_cgqrSWPRtYmlgpwWEV-B9ipmBaRWm_MO0IQL2HWttAAmfDSlf7CRCk6gysP7LQj63Ka3OX959L9umuHYkB7DlvsRB8FTYK_Rw0WfEpiW1LMVNwfJBx71Mt-ljhWKQ1lz0B1JFm_26JWzPTK5biFBNLPXu6ciyLljT1NDSXWt4j2kLfPy9AZJck&__tn__=-R
Pengumuman tersebut menyebabkan kelompok anti-Jawi ini melompat membantah sehingga menyebabkan kumpulan ini digelar sebagai Jawiphobia kerana terlampau khuatir dengan pengaruh tulisan ini bakal memberikan kesan kepada anak-anak bukan Melayu.
BACA: Golongan ‘Jawiphobia’ Perlu Sedar Pengenalan Khat Jawi Bukan Proses Islamisasi
Biarpun sudah dijelaskan bahawa khat adalah sebahagian identiti negara dan warisan bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan perpaduan yang terdapat pada jata-jata negara dan negeri serta wang Ringgit Malaysia, Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) akhirnya pada akhir Disember membuat pengakuan bantahan tersebut wujud adalah kerana faktor kebimbangan.
BACA: Bimbang Pengaruh Islamisasi Punca Tulisan Jawi Ditolak – Dong Zong