
Perkenal Undang-Undang ‘Anti-Apple’, Putin Larang Jualan Peranti Tanpa Perisian Rusia
Presiden Rusia, Vladimir Putin telah menandatangani satu undang-undang yang akan menguatkuasakan peraturan mewajibkan kesemua peranti yang ingin dijual di sana ‘diisi’ dengan perisian Rusia.
Akan berkuatkuasa bermula Julai 2020, pengenalan undang-undang ini adalah untuk mempromosikan perisian yang dihasilkan Rusia serta ‘menekan’ Amerika Syarikat untuk memasang perisian bukan Apple pada produk mereka.
Sehubungan itu, kerajaan Rusia kini dalam proses melengkapkan senarai produk yang terkesan serta senarai aplikasi yang perlu di dipasang terlebih dahulu.
BACA: Perang Dagang Huawei, Kini Giliran Intel Dan Qualcomm ‘Lobi’ Kerajaan AS
Turut berkuat kuasa pada peranti seperti telefon pintar, televisyen pintar dan komputer, langkah yang diperkenalkan Putin ini adalah permulaan bagi langkah untuk Rusia mengawal sektor teknologi digital.
Minggu lalu, Apple akhirnya ‘tunduk’ kepada tuntutan Rusia untuk menunjukkan kawasan semenanjung Crimea sebagai sebahagian wilayah Rusia di aplikasinya.
Kemunculan Stan Lee dalam filem MCU pastinya dirindui.
STAN LEE – MCU Cameo (2008-2019)
dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.
Trending now



