Presiden Brazil Positif COVID-19

Perkecil Wabak Sebagai Selsema Biasa Dan Tak Endah Sekatan, Presiden Brazil Kini Positif COVID-19

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Presiden Brazil, Jair Bolsonaro, disahkan positif COVID-19, setelah berbulan-bulan bertungkus-lumus dalam menangani krisis wabak yang melanda negara itu. Bolsonaro membuat pengumuman itu dalam satu wawancara televisyen pada Selasa.

Bagaimanapun pemimpin itu memaklumkan dirinya ‘dalam keadaan baik’ dan hanya memiliki gejala ringan.

Bolsonaro mendedahkan bahawa dia mula mengalami gejala pada Ahad iaitu mencatatkan suhu badan yang tinggi, batuk dan merasa tidak sihat. Ujarnya, ekoran merasakan keadaannya lebih teruk, keadaan itu mendorongnya untuk melakukan ujian COVID-19 pada Isnin.

Beliau menambah bahawa dia mengambil hydroxichloroquine, ubat anti-malaria walaupun penggunaannya tidak digalakkan oleh kebanyakan pakar kesihatan di seluruh dunia yang mana ia boleh membawa kesan sampingan yang berbahaya.

Pemimpin berusia 65 tahun itu tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi kerana usianya.

Presiden Brazil Positif COVID-19

Bolsonaro sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila memperkecilkan risiko virus itu dengan menggelarnya ‘selesema biasa’ dan berulang kali melanggar langkah pencegahan yang mana semua masyarakat dunia ambil maklum.

BACA: Selepas Pecat Menteri Kesihatan, Presiden Brazil Turun Berdemonstrasi Tolak Perintah #StayAtHome

Beliau menyelar kerosakan ekonomi yang disebabkan oleh langkah penjarakan sosial kerajaan negeri dan tempatan, dengan mengadakan kempen untuk membuka semula ekonomi kepada komuniti perniagaan Brazil.

Bolsonaro berusaha untuk melemahkan perintah sekatan pergerakan tersebut dengan mengumumkan lebih banyak perkhidmatan sebagai ‘perlu’ dan bebas dibuka.

Selain itu, beliau juga mengancam untuk menarik diri daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sekali gus ia akan mengikuti langkah Donald Trump – kini secara rasmi mula menarik diri dari WHO semalam.

Beliau turut menuduh pertubuhan itu mengamalkan ‘idealogi bias’.

Brazil telah menjadi negara tumpuan COVID-19 bagi seluruh dunia, yang hanya kurang 65,000 kes kematian berbanding Amerika Syarikat dan lebih daripada 1.62 juta kes positif.

Sumber: BH