Perkarangan Kaabah Kosong Pembersihan Koronavirus

Perkarangan Kaabah Ditutup Seketika Untuk Pembersihan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Arab Saudi semalam mengosongkan seketika perkarangan Kaabah di Masjidil Haram bagi tujuan pembersihan berikutan penularan wabak korona.

Julung-julung kali dilakukan, penutupan berkenaan hanyalah bersifat sementara iaitu satu jam selepas waktu Isya’ sehingga satu jam menjelang Subuh. Namun jemaah masih boleh melakukan ibadah di kawasan masjid.

BACA: Kerajaan Arab Saudi Batalkan Yuran 2,000 Riyal Untuk Umrah Kali Ke-2

Menurut Presiden Pusat Komunikasi Islam arab Saudi, Faheem H. Alhamid, semasa proses penutupan berlaku tiada satu orang pun yang melaksanakan solat atau tawaf di kawasan perkarangan Kaabah.

Perkarangan Kaabah Kosong Pembersihan Koronavirus 1

Berita mengenai kekosongan di Kaabah tular di media sosial sehingga ada yang mendakwa ianya gara-gara kornavirus adalah tidak benar kerana hanya dikosongkan beberapa jam sahaja.

Buat sementara, Arab Saudi telah menangguhkan pelaksanaan ibadah umrah termasuklah mengunjungi Masjid Nabawi di Madinah yang bukan hanya dipakai kepada jemaah luar tetapi juga jemaah tempatan selepas laporan pengesahan lima positif di Arab Saudi.

Tindakan berkenaan diambil sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan virus berkenaan menular di kawasan kota suci ini.

Sudah diumumkan sebagai pandemik dunia, wabak SARS (Sindrom Pernafasan Akut Teruk) yang masing-masing telah mengorbankan lebih 349 orang dan 299 orang sekitar tahun 2002 hingga 2003.

BACA: Wabak Koronavirus: Benarkah Ia Konspirasi Terancang Sejak 200 Tahun Lalu?

Kononnya merupakan konspirasi terancang sejak 200 tahun dahulu, wabak ini dituduh sebagai satu senjata biologi rahsia China oleh bekas pegawai perisikan tentera Israel, Dany Shoham.

Sumber: Malaysia Gazette, Berita Harian