Jantina

Perjuangan ‘Kesamarataan Jantina’ Tidak Pernah Adil, Lelaki Ini Kongsikan Hujahnya

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Perjuangan ‘gender equality’ yang sering dilaung-laungkan oleh pihak tertentu bagi menyatakan hak sama rata di kalangan lelaki dan wanita sebenarnya tidak tepat dan tidak adil.

Demikian menurut seorang pengguna Twitter, RMIRUL (Inni Mutazawij) @AmirulRuslam yang membuat bebenang berikut bagi menyatakan hujah dan pandangannya berkaitan konsep ‘equality’ ini.

Kenapa agaknya dia berkata demikian? Bagaimanakah konsep ini boleh diperkembangkan atau diperbaiki lagi?

Jom baca penerangannya berikut. Adakah anda bersetuju atau tidak dengan pandangannya ini?

Jantina

“KESAMARATAAN Jantina” takkan pernah adil kerana KESAKSAMAAN lagi tepat keadilannya.

Kalau betul feminisme memperjuangkan “Equality of Gender”

Dalam train semua tu, perlu ada koc khas untuk lelaki juga, perlu ada parking khas untuk lelaki juga berdekatan di pintu Mall, perlu ada..

..buruh kasar wanita membina bangunan sama kuantiti orangnya seperti mana buruh kasar lelaki, menahan teriknya panas dan lebatnya hujan yang sama.

Kenapa feminisme hanya pilih memperjuangkan jumlah gaji pekerja wanita tidak sama dengan pekerja lelaki yang di PEJABAT saja?

Seharusnya..

…perlu perjuangkan dari segala sektor kalau benar mahu memperjuangkan “EQUALITY OF GENDER”

Sebab itu kalau kita belajar takrif ADIL itu adalah

“Meletakkan sesuatu pada tempatnya dan memberikan hak pada yang berhak”

Tapi mereka tidak akan perjuangkan itu kerana..

..mereka hanya memilih faktor apa yang hanya memberi MANFAAT pada mereka. Dalam erti kata lain yang HANYA MEMUDAHKAN mereka.

Itu bukan perjuangan. Itu orang Melaka panggil “IKUT SEDAP TEKAK SENDIRI”

Sebab itu kita hanya dengar istilah “Adil dan Saksama” bukan “Adil dan Sama Rata”

Tapi cakap pasal koc wanita, paling kesian kat lelaki lah.

Koc wanita dah ada, tapi ade juga wanita menyelit kat koc awam, last-last ade lelaki kena berdiri atau paling tak larat pun duduk lantai.

Ini kalau cakap kita lelaki tak bertimbang rasa lagi dekat perempuan tak tahu nak cakap apalah.

BACA: 7 Wanita Malaysia Cipta Nama Dalam Kerjaya Yang Dimonopoli Kaum Lelaki

Sumber: RMIRUL (Inni Mutazawij) @AmirulRuslam