Pesawat Israel Di Arab Saudi Pertama Kali

Perjanjian Normalisasi: Pesawat Dari Israel Mendarat Di Arab Saudi Buat Pertama Kali

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sebuah pesawat dari Israel dilaporkan mendarat di Riyadh, Arab Saudi, untuk pertama kali, pada Selasa.

The Jerusalem Post melaporkan, berita itu menyusul selepas sebuah pesawat dari Arab Saudi juga untuk kali pertama, mendarat di Tel Aviv sehari sebelumnya.

Difahamkan, pesawat dari Israel yang mendarat di Riyadh itu dikatakan jenis pesawat peribadi.

Walaupun tidak ada penerbangan komersial yang menghubungkan antara Arab Saudi dan Israel, pendaratan pesawat itu menjadi bukti meningkatnya hubungan kedua-dua negara terbabit.

Israel dan Arab Saudi telah membuka ruang udara mereka untuk saling dilalui sejak tahun lalu.

Beberapa negara Asia Barat tidak memiliki hubungan diplomatik dengan rejim Zionis ekoran konflik di Palestin.

Sebelum pembukaan ruang udara Saudi, pesawat Israel terpaksa mengelak dari wilayah Saudi untuk penerbangan mereka. Salah satunya adalah ketika pesawat ingin ke Mumbai.

Disebabkan perlu mengelak dari wilayah Saudi, perjalanan dari Tel Aviv ke Mumbai menambah kira-kira dua jam dan menyebabkan syarikat penerbangan Israel mengalami ‘kerugian besar’.

Ruang udara itu sendiri sering menjadi titik perbalahan antara Israel dan musuhnya. Terdapat beberapa negara yang melarang penerbangan ruang udara melalui Israel, antaranya ialah Iran, Bangladesh, Oman, Pakistan, Qatar, Afghanistan dan Yaman.

Pesawat Israel Di Arab Saudi Pertama Kali
Sumber: Reuters

Sementara itu, beberapa negara Timur Tengah tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel atas konflik Palestin.

Bagaimanapun, beberapa negara telah menjalinkan hubungan normalisasi dengan Israel seperti Bahrain, Emiriah Arab Bersatu, Sudan dan Maghribi.

Namun, langkah itu mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk Palestin yang bimbang nasib mereka akan terus diperjudikan.

Menurut Arab Saudi, perjanjian normalisasi bersama Israel akan membawa manfaat besar bagi wilayah itu secara keseluruhan.

BACA: Arab Saudi Tukar Pelantar Minyak Jadi Taman Tema Lengkap Hotel & Restoran Mewah

Sumber: The Jerusalem Post