Perintah Kawalan Pergerakan: Rakyat Malaysia Sedang Lakukan Yang Sama Seperti Penduduk Wuhan

Susulan daripada pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada malam 16 Mac lalu, ramai daripada kita berpusu-pusu melakukan perancangan pulang ke kampung.

Sekitar petang semalam, Ketua Polis Negara memaklumkan sesiapa yang mahu melakukan rentas sempadan perlu memaklumkan pada balai polis berdekatan berkuat kuasa 12 tengah malam tadi.

Perintah Kawalan Pergerakan 3

Perintah Kawalan Pergerakan 4

Perintah Kawalan Pergerakan 5

Perintah Kawalan Pergerakan
Sumber: Syahril A. Kadir

Namun kesesakan luar biasa berlaku di seluruh cawangan balai polis menjadikan kawasan berkenaan sesak (tanpa sedar berlakunya perhimpunan) dengan orang ramai yang mahu memohon borang merentas sempadan domestik sehingga menyebabkan pihak polis terpaksa menangguhkan sementara arahan tersebut.

“Memandangkan orang ramai berpendapat bahawa mereka boleh melakukan pergerakan jika mereka mendapat kelulusan daripada pihak polis, berlakulah kesesakan yang serius di balai polis dan juga perhentian bas.

“Walhal hanya mereka yang layak diberi pengecualian atas empat, iaitu kematian ahli keluarga terdekat, ahli keluarga sakit tenat, mendapatkan rawatan perubatan untuk diri sendiri dan ahli keluarga serta perkara lain yang tertakluk atas budi bicara ketua polis balai boleh, dipertimbangkan untuk diberi kebenaran untuk pergerakan rentas negeri.”

Sedangkan semua sedia maklum, Perintah Kawalan Pergerakan merupakan satu langkah besar yang memerlukan kerjasama daripada semua pihak untuk menjayakannya bagi mencegah penularan wabak koronavirus (COVID-19) yang kini sudah mencecah catatan kes di Malaysia sebanyak 673 dengan angka kematian seramai dua orang.

Ringkasan situasi semasa #COVIDー19 di Malaysia, 17 Mac 2020. Kes baru 120 yang mana 95 berkait kes kluster perhimpunan…

Posted by ODISI on Tuesday, March 17, 2020

Perintah Kawalan Pergerakan adalah satu kuat kuasa perintah kepada orang ramai untuk kekal berada di rumah dan tidak keluar dari kawasan rumah kecuali untuk kes-kes kecemasan dan keperluan mendesak. Perintah ini tidak sama dengan lockdown yang membawa kepada perintah berkurung.

Namun disebabkan kedangkalan pemikiran sesetengah daripada rakyat Malaysia menjadikan perintah ini sebagai satu perintah yang ‘mendesak’ mereka kepada perbuatan panic buying dan mentaliti ‘keji’ bahawa ianya sebagai salah satu percutian yang membolehkan mereka pulang ke kampung dalam satu tempoh masa yang lama.

BACA: ‘LockDown’: Ini Yang Akan Berlaku Jika Sebuah Negara Kuat Kuasa Perintah Berkurung

Tahukah anda, risiko penularan adalah lebih tingi sekiranya anda melakukan perjalanan keluar dari kawasan rumah anda?

Apa Akan Berlaku Jika Sesebuah Negara Umum Perintah Lockdown 5

Bayangkan jika anda pernah berkontak rapat dengan individu yang positif COVID-19 namun anda tidak menyedarinya dan anda pulang ke kampung kemudiannya berhubung rapat dengan mereka di kampung.

Risiko kematian pada warga tua ataupun warga emas adalah lebih besar berbanding yang lain. Tanpa sedar anda mungkin time bomb kepada ibu bapa atau saudara mara anda yang sudah berusia.

Dengan konsep ‘semakin meningkat usia, semakin tinggi risiko kematian’, mereka yang berusia 40 tahun ke bawah mempunyai kadar kematian kurang daripada 2% tetapi untuk populasi usia antara 60 hingga 79 tahun, peningkatan kadar kematian meningkat secara mendadak ke 30%.

Anda mengecam hebat tindakan lima juta penduduk Wuhan pada akhir Januari lalu yang keluar melarikan ke negara lain sebelum Wuhan dikenakan perintah berkurung, tetapi tanpa sedar kini anda sedang lakukan yang sama walaupun bukan pelarian antara negara, tetapi dalam negara sendiri.

Wabak Koronavirus, Banda Wuhan Dikuarantin 1

Jika Malaysia semakin bertambah kes jangkitan COVID-19, jangan salahkan orang lain. Tunjukkan dahulu kepada diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain yang tidak mahu mematuhi perintah pentadbiran kerajaan.

Ambil contoh di Itali, semasa kerajaan mereka mengadaan perintah kawalan pergerakan, masih ramai yang melakukan seperti kita hari ini. Namun apa yang berlaku di Itali kini?

Menjadi negara kedua selepas China dengan peningkatan kes mendadak sepanjang hari, kini Itali sudah mencatatkan 31,506 kes dengan kadar kematian sudah mencecah 2,503 orang.

BACA: Sikap Acuh Tak Acuh Rakyat Itali Punca Wabak Covid-19 Merebak Pantas

Untuk semalam sahaja, kes di Itali meningkat sebanyak 3,526 dengan peningkatan kadar kematian baharu sebanyak 345 dan 2,060 berada dalam kritikal.

Masing-masing terpaksa ‘berebut’ mendapatkan rawatan di hospital sehinggakan pihak pegawai kesihatan terpaksa melakukan pilihan mahu selamatkan siapa terlebih dahulu dan siapa yang terpaksa dibiarkan menghadap kematian sendiri.

Tak kan mahu jadi seperti Itali baru kita mahu sedar?

Sumber: Berita Harian, FMT, Business Insider