Perintah Kawalan Pergerakan Mungkin Akan Dilanjutkan Dua Bulan Lagi – Pakar

Sumber: FMT

Perintah Kawalan Pergerakan mungkin akan dilanjutkan kepada dua bulan lagi.

Susulan daripada peningkatan mendadak kes jangkitan COVID-19 di Malaysia, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 16 Mac lalu telah mengumumkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 hingga 31 Mac ini.

BACA: JANGAN PANIK! Bukan ‘LockDown’, Ini Yang Perlu Anda Tahu Tentang Perintah Kawalan Pergerakan Oleh Kerajaan

Namun tempoh ini mungkin terpaksa dilanjutkan kepada dua bulan lagi sekiranya masih ada rakyat Malaysia yang berdegil enggan mematuhi perintah berkenaan.

Pakar virologi, Prof Dr Sazaly Abu Bakar memberitahu kemungkinan itu tidak boleh ditolak apabila melhat rakyat masih lagi mengabaikan penjarakkan sosial serta tidak mengamalkan etika batuk dan bersih yang betul.

“Jika masih ada kelompok rakyat yang berdegil, situasi semasa yang memerlukan kita duduk di dalam rumah, boleh berlanjutan sehingga enam hingga lapan minggu lagi.

Masalahnya, rakyat kita tiada disiplin seperti warga Korea atau Jepun. Ketika ke hospital semalam, saya lihat masih ada yang bersentuhan dan tidak menutup mulut ketika batuk.”

Bukan itu sahaja, sikap rakyat yang berbondong-bondong menuju ke kampung halaman sejurus selepas Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan merupakan salah satu faktor yang membawa kepada lanjutan tempoh perintah terpaksa dilakukan.

BACA: Perintah Kawalan Pergerakan: Rakyat Malaysia Sedang Lakukan Yang Sama Seperti Penduduk Wuhan

Berikutan dengan itu juga, Kementerian Kesihatan memberitahu pesara doktor perubatan kembali dipanggil untuk menyalurkan bantuan dalam mengawal penularan wabak COVID-19 ini.

Sejak semalam (22 Mac), bantuan daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut dikerah bagi membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan kawalan di jalan supaya orang ramai mematuhi perintah ini.

Perintah Kawalan Pergerakan Doktor Pesara COVID-19
Sumber: Mstar

Setakat hari ini, Malaysia sudah mencatatkan 1,306 kes dengan angka kematian seramai 11 orang manakala yang sudah sembuh dan discaj adalah seramai 139 orang.

Daripada jumlah berkenaan, seramai 46 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) yang mana 22 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Susulan daripada peningkatan tersebut, rakyat diminta agar dapat mematuhi perintah ini supaya Malaysia bebas COVID-19 menjelang bulan hadapan

Sumber: Berita Harian