
Perintah Kawalan Pergerakan: Lafaz ‘Hayya Alassolah’ Dalam Azan Akan Diperlahankan
Bermulanya hari ini sebagai hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan, lafaz ‘hayya alassolah (marilah menunaikan solat) dalam azan akan diperlahankan, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Moahamd Al-Bakri.
Cadangan itu dilakukan bagi kawasan Wilayah-Wilayah Persekutuan sepanjang tempoh berkenaan dan telah disampaikan kepada wakil Istana Negara bagi menyembah maklum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
“Berhubung dengan azan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, ia adalah tertakluk kepada keputusan pihak berkuasa agama di negeri masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, antara cadangan lain berkaitan kaedah azan adalah:
- Azan tetap akan dikumandangkan seperti biasa kerana ia adalah syiar Islam.
- Setelah azan, mu’ azzin/bilal hendaklah berpesan, “Solatlah di rumah atau tempat kamu.” dalam bahasa Melayu kerana ia lebih difahami oleh umat Islam di Malaysia. Ini bagi meraikan beberapa hadith riwayat al-Bukhari, Muslim dan Ahmad. Imam al-Nawawi dalam Raudhah al-Talibin (1/208) menghukumkan sunat bagi muazzin untuk menyebut sedemikian selepas azan.
Katanya, berdasarkan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri dalam Mesyuarat Khas Bersama Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri pada Selasa, semua arahan yang dikeluarkan di peringkat negeri mestilah selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan.
Namun begitu, isu berkaitan agama Islam diselaraskan bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Agama Islam Negeri, katanya.
Mengenai hukum memakai topeng muka semasa solat, menurut Dr Zulkifli ia dibolehkan jika ada keperluan. Beliau menegaskan, bagi meraikan Perintah Kawalan Pergerakan, umat Islam diseru untuk solat berjemaah di rumah.
1. Meraikan #PerintahKawalanPergerakan, solatlah berjemaah di rumah.
2. Dibolehkan pakai face mask jika ada keperluan. https://t.co/PANrkqEiCS— Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) March 17, 2020
Dalam perkembangan lain, di Kuwait sendiri, pihak berkuasanya mengeluarkan arahan menutup sementara semua masjid dan mengubah lafaz laungan azannya.
Serentak penutupan rumah ibadat itu lafaz azan diubah daripada ‘hayya alassolah” (marilah menunaikan solat) kepada ‘al-Salatu fi buyutikum’ (tunaikanlah solat di rumah kamu).
Kementerian Hal Ehwal Islam Kuwait mengumumkan solat 5 waktu yang lazimnya dibuat di masjid dibatalkan.
Incredible videos coming out of Kuwait show Muezzin's have changed the Adhan (call to prayer) to "pray in your homes." #Coronavirus #COVID19 pic.twitter.com/EP5Bf4Q1vF
— Faisal | فيصل (@faisaledroos) March 13, 2020
Pihak berkuasa berkata, muazin akan terus melaungkan azan, namun menukar lafaz laungan azan dengan mengajak orang ramai menunaikan solat di rumah masing-masing. Pembaharuan itu berkuat kuasa sehingga diberitahu kelak.
Trending now



