Garaj Rumah Teres

Peringatan: Tanah Lapang Depan Rumah Teres BUKAN Untuk Kita Bina Garaj Kereta, Ya?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kawasan perumahan teres yang mempunyai tanah lapang di negara kita biasanya dipenuhi dengan binaan-binaan seperti garaj kereta, kerusi dan meja lepak, stor, reban ayam, kandang arnab, gazebo, tempat BBQ dan macam-macam lagi.

Sebenarnya tak boleh, ya? Adalah menjadi kesalahan di bawah Akta 133 (Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974) di bawah peruntukan Seksyen 70 (1) jika binaan tersebut dibina secara haram tanpa kebenaran bertulis dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Berikut merupakan perkongsian yang dibuat oleh Ahmadkhairul Sabirin Ahmad Rosli yang merupakan seorang arkitek dan pereka hiasan dalaman di Deco Guru mengenai perkara ini untuk manfaat bersama.

Garaj Rumah Teres

BENDA BIASA TAPI SALAH EDISI RUMAH TERES: GARAJ DEPAN RUMAH TU BOLEH KE?

Ok kalau nak ceritakan tentang binaan salah kat area rumah teres ni, mungkin boleh jadi 5-6 post. Hari ni kita cerita satu sahaja dulu. Biasa kan kalau rumah teres tanah lapang depan jalan, kita mesti gatal nak buat garaj, nak buat tempat lepak, maybe tempat BBQ dan banyak lagi idea.

Kena tanya balik diri kita, tanah seberang jalan ni hak siapa? Kita tau dah bukan hak kita. Kalau setakat berkebun tu mungkinlah PBT tak kacau sangat, tapi yang jenis buat garaj sampai masuk 3-4 kereta, tu memang mengundang.

Jom kita tengok kenapa tanah lapang tu tak boleh buat macam kita punya tanah.

Semoga bermanfaat.

Ar. Ahmadkhairul Sabirin

Garaj Rumah Teres

3 Garaj Rumah Teres

Garaj Rumah Teres

Garaj Rumah Teres

Garaj Rumah Teres

BACA: Nak ‘Renovate’ Rumah? Ketahui Dulu Apa Yang Boleh Dan Apa Yang Tak Boleh Anda Lakukan

Sumber: Ahmadkhairul Sabirin Ahmad Rosli