meter tnb 1

Periksalah Meter TNB Anda, Kemungkinan Anda Sedang Ditipu

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Masihkan anda ingat tentang isu bil elektrik tinggi ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lepas?

Untuk pemahaman lanjut, TNB menggunakan kaedah pengiraan protata untuk mengira bil pengguna bagi bulan yang pihak TNB tidak dapat hadir ke premis pelanggan menjadikan jumlahnya lebih rendah dan berpatutan berbanding kaedah tanpa prorata.

Kaedah berkenaan diguna pakai bagi memastikan pelanggan tidak dikenakan caj berlebihan dan merupakan kaedah yang digunakan di seluruh dunia.

Tapi, pernahkan anda dengar tentang kisah penyambungan haram meter TNB? Isu penyambungan haram ini sebenarnya agak kerap berlaku dalam masyarakat dan kita sebagai pengguna haruslah cakna tentang hal ini.

Seorang pengguna Facebook bernama Abdullah Omar telah berkongsi pengalaman beliau yang menimpa nasib ditipu meter TNB oleh pihak tidak bertanggungjawab. Jom kita ikuti kisah beliau.

PERIKSA METER TNB SEBELUM TERKENA

Ni nak bising pasal TNB pulak. Sesiapa menyewa atau membeli premis/bangunan/rumah, baiklah cek betul-betul di meter TNB tu ada tak sambungan haram. Siapa yang tak bersalah buat pun TNB tetap akan caj & denda kita sebab kita pemilik premis tu.

Ceritanya akhir November haritu, contractor TNB yang nak tukar meter TNB lama kepada smart meter TNB menjumpai sambungan secara haram di meter (dalam GAMBAR: cable warna kuning tu & ada cable warna hitam neutral). Satu pejabat semua hairan siapa yang buat & sejak bila ada sambungan haram macam tu.

meter tnb

Contractor TNB pun kata tak boleh tukar meter baru & perlu laporkan kepada TNB untuk TNB datang sendiri tengok sambungan haram tu.

Jadi selang beberapa hari, technician TNB pun datanglah. Namanya Asri. Dia pun kata ini dah dikira pengubasuaian pada meter menyebabkan bacaan meter tak tepat seperti penggunaan sebenar. So dia kena keluarkan surat mengatakan nak potong elektrik & kami kena pergi Wisma TNB Kepong seminggu sebelum hari potong untuk berurusan dengan pegawai sana.

Jadi kita ni pun pergilah ke Wisma TNB Kepong & minta jumpa pegawai, mereka suruh jumpa Pegawai Jaminan Hasil untuk bincang. Namanya En Jamal.

Terang punya terang, dia kata “kami tak nak cari siapa yang salah, bila berlaku, macam mana berlaku, tapi ada pengubahsuaian dah berlaku”.

Menurut dia, sistem TNB merekodkan ada penurunan penggunaan elektrik mula November 2019, jadi TNB pun ambil purata kerugian sebab penurunan graf ni, dan charge RM2,630.55 kerana kerugian sejak 2019 hingga 2021. Bermakna TNB kata mereka rugi sebulan sekitar RM100 hasil bacaan meter yang tak tepat.

Kami yakin kerja cable haram ni bukan kami buat, cuma tak pasti siapa buat, bila bermula dan macam mana dipasang (ke mana sambungannya dan untuk apa). Sebab pejabat Raudhatus Sakinah ni mula masuk tahun 2014. Sebelum tu ada pemilik lain.

Masalah TNB ni pula hanya boleh tengok graf penggunaan 5 tahun sahaja ke belakang. Bermakna tarikh yang paling awal mereka boleh lihat pun tahun 2016.

Keesokan harinya 15hb Disember, pergi kali ke-2 ke Wisma TNB sebab masih tak berpuas hati dan kami nak cari punca terjadi hal ni, jumpa Tiva pulak (tak pasti Encik ke Cik), saya minta untuk buat rayuan kepada TNB sebab sambungan haram ni bukan kami buat. TNB hanya tahu nak caj & kutip duit sahaja. Kami yang NGO ni yang nak kena cari duit dan bayar RM2,630.55 yang bukan salah kami pun.

Tiva ni kata, nanti 21hb Disember (hari pemotongan), datang dan boleh dapat slot untuk buat rayuan.

Jadi 21hb, datanglah technician TNB potong elektrik. Saya tanya kenapa SOP TNB ni kena potong baru boleh settlekan payment. Kenapa tak boleh settlekan je payment dan tak payah potong?

Jawab dia, “Ini dalam Akta Suruhanjaya Tenaga, diaorang buat macam ni nak bagi pengajaran”. Saya jawab, “Lah, kalau dah bayar duit tu dah kira pengajaran dah lah tu. Nak suruh bayar dan kena potong juga?”. Dia pun tak boleh cakap banyak sebab buat kerja je.

Lepas dah kena potong & bergelap, pergilah balik ke Wisma TNB kali ke-3. Sebelum nak gerak tu, technician TNB yg datang tu kata ada 1 premis yang sebaris dengan kami pun ada sambungan yang sama. Jadi kata dia ni mungkin kerja management bangunan kot nak mudah kerja untuk lampu corridor ke, lampu tangga ke. Jadi dia buat sambungan tu.

Bila tiba di Wisma TNB, kali ni pegawai di kaunter perkhidmatan kata kena bayar lump sump RM2,630.55 ni. Saya kata saya nak jumpa pegawai buat rayuan. Tunggu punya tunggu, jumpa balik dengan En Jamal yang jumpa kali pertama.

Saya tanya dia semula, macam mana nak buat rayuan benda yang kami tak bersalah ni?

Jawapan dia mudah. “Kami taknak kata sesiapa yang salah, taknak cari siapa buat, bila dibuat, tapi ada pengubahsuaian”.

Saya cakap, “TNB memang tak kisah semua tu, kami yang kena kisah, yang TNB tahu adalah kutip duit je, hanya sebab sambungan tu berada di situ dan TNB tengok anggaran penurunan dan MERASAKAN ada penurunan penggunaan graf”.

Dan balik-balik, En Jamal ni hanya kata, “Ini system, kami ikut system, semua dalam system”. Saya cuba pertahankan “takkan cable kecil seperti itu kerugiannya RM2,600?”. Jawapannya, “Dah sistem macam tu”.

Lah.

Akhirnya penyelesaian adalah sama ada bayar semua, bayar ansuran atau tunggu 83 hari (dalam keadaan tiada elektrik), surat saman akan keluar dan waktu itu boleh masuk sesi rayuan, cuma sama ada berjaya atau tidak rayuan itu yang tak ada jaminan.

Saya tanya pada En Jamal, habis tu yang staf Tiva kata ada sesi rayuan tu? Mana satu?

Dia kata, “Ni lah sesinya” (bersama dengan dia).

Saya yakin sebenarnya Tiva maksudkan adalah sesi rayuan yang 83 hari tu, tapi dia tak nak benarkanlah tu. Mungkin sebab nak mudah kerja, ada ramai lagi tengah tunggu di belakang.

Jadi kami ni tak boleh tunggu 83 hari tanpa elektrik pula dan nak kena pergi balik ke Wisma TNB tu semua untuk melalui proses rayuan yang tak pasti ni. Maka keputusan terpaksa dibuat, bayar jelah RM2,630.55 yang dituntut oleh TNB tu tanpa dapat membela diri. Jam 8.45 malam technician TNB datang sambungkan semula elektrik pejabat.

Semalam 22hb Disember, datang technician on ground TNB daripada cawangan KL yang ditugaskan untuk repair sambungan haram ni. Saya tanya betul-betul, dawai yang kecil macam ni, yang boleh tampung 1 suis sahaja, agaknya berapa kerugian TNB sebulan kalau dipasang 24 jam sekali pun? Dia kata mungkin dlm RM20 sebulan.

Dia juga sendiri kata pendawaian ni bukan untuk fungsi jimat elektrik ni, tapi nak hidupkan 1 lampu atau suis.

So kesimpulannya apa daripada cerita panjang-panjang ni?

1. TNB tak kisah siapa buat, bila terjadi, kita kena sabotaj ke, yang penting bila mereka jumpa di meter kita, itulah kesalahan kita & mereka tetap akan denda kita dengan amount yang mereka RASA berlaku kerugian.

2. Tidak ada pertimbangan & penyiasatan yang ingin TNB lakukan sebab mereka tak nak tambah kerja, kita sendiri kena siasat sendiri jelah. Besar mana, kecil mana kabel/pendawaian yang dipasang, TNB tak nak pertimbangkan kerana sistem graf mereka menunjukkan ada penurunan penggunaan WALAUPUN penurunan tu adalah penjimatan kita sebagai pengguna di premis. Yang mereka tahu adalah ADA DAWAI HARAM, ADA PENURUNAN GRAF, so TNB rugi, siapa punya meter, bayar jelah kerugian tu.

Sekian bebelan terpanjang dalam sejarah diri di Facebook.

Semoga mereka yang buat kerja haram meletakkan sambungan elektrik & menzalimi kami ini mendapat pengajaran selayaknya.

Untuk pemilik premis, perikasalah baik-baik, sebab akhirnya kita juga yang kena nanti walaupun orang lain yang buat.

Sumber: Facebook Abdullah Omar