Rohingya Mati Kelaparan Atas Bot

Pergi Ke Malaysia Dapat Selamatkan Kami, Jalani Hidup Lebih Baik – Pelarian Rohigya

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

“Pergi ke Malaysia dapat selamatkan kami,” itu kata salah seorang pelarian Rohingya semasa ditemu bual media Reuters.

Sejak bulan lalu, kisah pelarian Rohingya hangat diperkatakan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Semuanya bermula apabila pihak berkuasa Malaysia menolak semula kapal yang membawa ratusan pelarian Rohingya selepas memberikan bekalan makanan dan ubatan kerana bimbang akan membawa satu lagi kluster baharu di Malaysia.

BACA: Isu Pelarian Rohingya: Pilihan Atas Dasar Kemanusiaan Atau Keselamatan Negara?

Dikritik dan dikecam hebat oleh beberapa indovidu dan badan NGO seperti Duta Majlis Rohingya Eropah ke Malaysia, Malaysia tetap tegas dengan keputusan tersebut demi keselamatan negara yang sedang berperang dengan wabak pandemik COVID-19.

Dalam temu bual tersebut, tujuh mangsa yang terselamat mendedahkan lebih 100 orang telah didapati meninggal dunia, namun angka sebenar tidak diketahui.

Isu Pelarian Rohingya Pilihan Atas Dasar Kemanusiaan Atau Keselamatan Negara

Antara pengalaman ngeri yang mereka alami ialah terpaksa bersesak dalam kapal sehingga tidak boleh bergerak, terpaksa menahan panas matahari dan hujan, sehingga berlaku pertengkaran kerana makanan. Malah ada diantara mayat yang dilempar ke laut.

Ditempatkan sama seperti dalam keadaan perhambaan untuk eksploitasi, selama bertahun-tahun etnik Rohingya melarikan diri dengan menggunakan laluan laut (kapal) antara Oktober hingga April ketika laut berada dalam keadaan tenang.

BACA: Isu Pelarian Rohingya: Jangan Sampai Tragedi Pulau Bidong, Terengganu Berulang

Di Bangladesh, kerajaan telah menyekat akses internet dan telefon bimbit serta memasang pagar kawat berduri di sekeliling kem dengan alasan keselamatan. Melihat ramai yang berjaya ke Malaysia dan menjadi hidup lebih baik, ramai yang menyangka pergi ke Malaysia dengan apa cara sekali pun dapat menyelamatkannya.

Salah seorang pelarian, Enamul Hassan berkata pak cik saudaranya yang berada di Malaysia mendesaknya datang ke Malaysia untuk mengakhiri kemiskinan keluarga.

Sejak mula berangkat untuk ke Malaysia, mereka tidak makan apa-apa sehinggakan ada anak-anak kecil yang menangis meminta air kerana haus.

Kembali belayar merentasi Teluk Benggala, kapal berkenaan menghadapi ribut sebanyak tiga kali. Kesulitan yang dialami menyebabkan ramai yang terjun ke laut kerana merasakan lebih baik mati di laut daripada mati di atas kapal.

Apabila tiba di perairan Myanmar, kapal masih lagi tidak dibenarkan berlabuh. Yang sudah meninggal dunia akan terus dicampak ke dalam laut. Keadaan itu memaksa mereka untuk mendesak kapten kapal untuk membawa mereka kembali ke Bangladesh.

Ramai daripada yang masih hidup berada dalam keadaan kurus kering sehingga ada yang tidak mampu berdiri serta masih lagi trauma dengan kehilangan ahli keluarga dalam keadaan tersebut.

Sumber: FMT, Reuters