
Perdagangan Dunia Terjejas Selepas Kapal Kargo 200 Ribu Tan Tersekat Di Terusan Suez
Perdagangan dunia terjejas selepas kapal kargo 200,000 tan tersekat di Terusan Suez.
BACA: Digelar ‘Guards River’, Lelaki Ini Berdiri Seharian Di Tepi Sungai Elak Orang Ramai Buat Pencemaran
Terusan Suez yang menghubungkan laluan Laut Maditerranean ke Laut merah dengan kepanjangan 193.30km menjadi perhatian dunia apabila sebuah kapal kargo gergasi seberat 200,00 tan dilaporkan menghalang laluan perdagangan dunia sejak Selasa lalu akibat daripada ribut yang melanda banyak negara Asia Barat.
Dengan posisi melintang, kapal Ever Given ini telah menghalang kapal-kapal lain yang sepatutnya menggunakan terusan berkenaan bagi memendekkan masa pelayaran.
Kapal Ever Given yang sepatutnya dijadualkan tiba di Pelabuhan Rotterdam, Belanda pada 1 April ini juga menyebabkan harga minyak mentah Brent naik 6.1% (RM267.28) untuk satu tong pada Rabu lalu ekoran daripada kejadian tersebut.


Untuk pengetahuan anda, setiap hari dilaporkan lebih 50 buah kapal melalui Terusan Suez setiap hari.
Walaupun memberitahu usaha mengalihkan kapal kargo berukuran 400 meter panjang dan 59 meter lebar ini mengambil masa selama seminggu, namun operasi ini dikatakan sangat sukar.
Terusan Suez merupakan terusan buatan manusia terbesar di dunia yang berada di antara Pelabuhan Said di Laut Mediterranean dan Suez di Laut merah.
Membenarkan laluan air secara dua hala yang menghubungkan Eropah dan Asia tanpa perlu mengelilingi benua Afrika, Terusan Suez kini dimiliki Mesir selepas dijadikan pemilikan sebuah negara semasa pemerintahan presiden Gamal Andel Nasser.
Insiden ini telah membuka banyak mata tentang kepentingan unggul laluan perkapalan ini.
Peristiwa ini telah membuatkan kita sedikit sebanyak dapat memahami impak yang diterima seluruh dunia sebagai contoh ia meningkatkan kos perkapalan sedunia sebanyak AS$450,000 bagi sesuatu pelayaran biasa, menurut penganalisis syarikat perkapalan Braemar ACM Singapura.
BACA: Netizen Mesir Dakwa Insiden Terusan Suez Disebabkan Sumpahan Firaun
Namun, kekecohan yang berlaku di Terusan Suez itu juga turut dikaitkan dengan sumpahan Firaun.
Andaian yang dibuat sebilangan netizen, susulan beberapa insiden pelik yang berlaku di Mesir sejak beberapa minggu lalu termasuk peristiwa kapal MV Ever Given yang tersadai di Terusan Suez dan kemalangan kereta api yang mengorbankan 30 nyawa.
Sumber: