Abang Bomba Sado

Percayalah! Abang Bomba ‘Sado’ Tak Rancang Pun Nak Tayang Biseps

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

“Sebenarnya tak rancang untuk buat aksi yang tiba-tiba viral.”

Demikian pengakuan Yusaimi Zulkifli, Timbalan Penguasa Balai Bomba Rawang yang terkejut menerima reaksi luar biasa penonton yang hadir ketika perarakan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka pada 31 Ogos lalu.

Yusaimi dan 15 anggota bomba dari Balai Bomba Rawang ditemui ketika dijemput menjadi tetamu undangan istimewa dalam program MeleTOP yang telah bersiaran di saluran Astro Ria semalam.

Ujarnya lagi, pada mulanya dia bersama 18 lagi abang bomba ‘sado’ yang lain tidak merancang pun untuk melakukan aksi menayang otot biseps di atas trak seperti yang tular di media sosial tersebut.

“Masya-Allah, saya rasa ini satu kenangan yang tak boleh dilupakan. Bila tengok wajah penonton gembira melihat kami di atas trak, kami pun ikut teruja.

“Kepada yang suka persembahan kami, terima kasih diucapkan. Sokongan anda amat kami hargai,” tambah Yusaimi lagi.

Abang Bomba Sado

BACA: Getar Rusuk, Pecah Ovari – Gejala Tidak Sihat Dan Perkara Haram Kian Dinormalisasikan?

Sumber: astro AWANI