
Percaya Bawah Mata Hitam Berpunca Daripada Zina, Pengguna TikTok Ini Teruk Dikritik
Percaya Bawah Mata Hitam Berpunca Daripada Zina, Pengguna TikTok Ini Teruk Dikritik
Tidak dinafikan, hari ini TikTok merupakan salah satu platform terbesar yang menjadi tumpuan generasi muda untuk berkongsi aktiviti harian mereka termasuklah hobi, tip dan trick, resepi dan sebagainya.
BACA: Lebih Banyak Perkongsian Ilmu Daripada Video Joget, Ini Senarai TikToker Yang Anda Boleh ‘Follow’
Namun seperti kandungan media sosial yang lain, kandungan di TikTok tidak semuanya boleh diterima bulat-bulat.
Sebagai contoh, salah seorang pengguna TikTok percaya yang bahagian bawah mata menjadi hitam (eyebag) adalah disebabkan perbuatan zina.

Untuk pengetahuan anda, bawah mata yang hitam adalah masalah biasa yang terjadi dalam kalangan masyarakat. Ada beberapa punca eyebag terjadi dan ianya langsung tiada kena mengena dengan zina:

- Keturunan atau pun genetik
- Pengambilan ubat
- Faktor umum
- Kurang tidur
- Usia
Bagi kebanyakan orang, lingkaran gelap di bawah mata ini hanyalah bersifat sementara dan kebiasaannya tidak menyebabkan masalah serius lain.
Namun sekiranya ianya menjadi teruk dari masa ke semasa, pastikan anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat kesihatan.
Badan lebam digigit jin?
Sebaik bangun daripada tidur dan kelihatan ada tanda-tanda lebam, timbul persoalan, bagaimana ia boleh muncul? Sedangkan kita tidak melakukan sebarang aktiviti lasak yang boleh mendatangkan kecederaan.
Bila mencari jawapan, biasanya keadaan itu dilihat sebagai petanda misteri dan dikaitkan dengan unsur mistik seperti kesan lebam pada peha dan lengan adalah perbuatan jin, biru-biru itu adalah kesan gigitan oleh jin.
Tetapi, sejauh manakah kebenaran bahawa kesan lebam itu datang daripada gangguan makhluk halus?
Ramai pakar-pakar kesihatan membetulkan mitos-mitos tersebut. Menurut Pakar Kardiologi, Dr Choor Chee Ken, dalam meniti dunia moden seharusnya tanda lebam yang berlaku ketika tidur itu tidak dikaitkan dengan gangguan mistik atau digigit hantu.
Masalah lebam yang muncul selepas tidur berkait dengan fisiologi tubuh individu khususnya mereka yang mempunyai saluran darah lebih tipis dan rapuh.