
Perbicaraan Jenayah Myanmar: Ada Harapan Untuk Rohingya Kembali Ke Kampung Halaman Mereka
Isu kekejaman Myanmar terhadap etnik Rohingya bukanlah sesuatu yang rahsia lagi di dunia.
Dilayan tanpa mendapatkan hak seperti manusia lain yang kebebasan, etnik Rohingya kini mempunyai harapan untuk dibenarkan kembali ke kampung halaman mereka.
BACA: Isu Penghapusan Etnik Rohingya, Myanmar Kini Dibicara Mahkamah Keadilan Antarabangsa
Ditindas sejak akhir 2016, perkembangan perbicaraan jenayah kemanusiaan Myanmar di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di Belanda ini seakan memberi sinar baharu buat mereka.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa menetapkan 23 Januari ini sebagai tarikh keputusan permohonan negara Gambia bagi mendapatkan perintah provisional measures ke atas Myanmar.
Provisional measures adalah satu perintah injunksi yang boleh menghalang Myanmar daripada terus memusnahkan perkampungan etnik Rohingya.
Malah, Myanmar juga boleh dihalang daripada terus mengusir masyarakat Rohingya dari kampung halaman mereka. Ini bermakna sekitar 730,000 yang dihalau itu kini boleh kembali dengan aman.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa juga ada mengarahkan Myanmar memberi kebenaran kepada petugas Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk masuk dan memberikan bantuan kepada etnik Rohingya yang masih ada di sana sambil melakukan penyiasatan lanjut.
Untuk pengetahuan anda, sekiranya Myanmar enggan menyatakan kepatuhan, mereka boleh dirujuk di bawah Majlis Keselamatan PBB yang mana membolehkan PBB melakukan sekatan terhadap Myanmar termasuklah daripada aspek ketenteraan.
Sumber: Jumpa Kat Mahkamah, NPR
Trending now



