
Perbandingan Epal & Oren: Gaji ‘Engineer’ vs Pendapatan ‘Rider’ Jadi Bualan Hangat
Masih lagi berlaku perdebatan hangat di kalangan netizen mengenai hala tuju generasi muda zaman sekarang yang didapati kurang berminat untuk sambung belajar.
Kali ini tular tangkap layar di media sosial mengenai perbandingan gaji seorang ‘engineer’ dan pendapatan sebulan seorang ‘rider’ seperti yang diiklankan di sebuah portal jawatan kosong.
Berikut merupakan pendapat yang dikongsi oleh Shaari Anuar di Facebooknya yang menyifatkan perbandingan tersebut sebagai tidak wajar seperti membandingkan epal dan oren.
Apa la kau orang ni, buat comparison macam ni
Yang tu, gaji tetap, ada fringes benefits macam medical, EPF, SOCSO, insurance group, annual leave, entitle Public Holiday.
Tempat kerja pun conducive, ada aircond.
Kau ada working experience, dan ada career advancement to be top management.
Yang lagi satu, ikut jumlah trip, bukan gaji tetap.
Kau ambil banyak order, kau akan dapat banyak income.
Time kau sakit, kau tak keja, tak ada la incomenya.
Itu belum lagi masuk lagi kes dari segi keselamatan, atas jalan raya, berhujan, berpanas.
Negara China yang berjuang untuk riders mereka dapat insurans benefits.
Yang lain tak pasti lak saya, even di negara kita.
Apapun, ada la kebaikan dan keburukan.
Bukan saya kata keja riders tak elok,
Tapi comparison ni apple to orange.
Secara tidak langsung mematahkan semangat golongan muda untuk belajar lagi tinggi.
BACA: Tak Pandang Gaji Minimum? Ini Realiti Sebenar Yang Perlu Disedari Oleh Pekerja Ekonomi Gig