pemuda pas

Perarakan Pemuda PAS Seperti Opera Cina – Tuan Ibrahim

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tular beberapa hari lepas sekumpulan ahli Pemuda PAS berarak membawa replika pedang serta perisai. Perarakan itu dilakukan di Setiu, Terengganu sehingga menjadi perbalahan di kalangan para netizen.

Walaupun penganjur program Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT 2023) telah menjelaskan bawah
perarakan seperti ini telah pun berlangsung sejak dari tahun 1991 lagi, ada pihak yang masih tidak berpuas hati dengan penjelasan tersebut.

pemuda pas

Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS turut menyatakan bahawa perarakan Pemuda PAS tidak ubah seperti persembahan opera Cina. Maka, tiada apa yang patut masyarakat risaukan.

Pihak penganjur sedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa sekiranya ada siasatan berkait ke atas perarakan ini.

BACA: Rakyat Mahu Kerajaan Wujudkan Set ‘Jualan Rahmah’ Di Pasar Awam

Sumber: The Malaysian Insight