
Perang Besar Bakal Tercetus? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Konflik Rusia – Ukraine
Desas-desus bakal tercetusnya perang besar bermula apabila satu laporan perisikan mendakwa Rusia bersedia untuk menyerang Ukraine dalam tempoh tiga hari iaitu pada Rabu ini.
Pelan pencerobohan tersebut yang dilaporkan oleh akhbar Jerman, Del Spiegel didakwa bakal mendedahkan maklumat terperinci mengenai laluan yang mungkin digunakan oleh pasukan tentera Rusia untuk menawan Ukraine.
Laporan itu juga menyatakan bahawa Presiden Rusia bakal memberi lampu hijau kepada 100,000 tenteranya untuk menceroboh Ukraine.
Ekoran itu, maklumat pada pelan tersebut menjadi topik hangat di media Barat, menyatakan bakal mencetuskan ketakutan kepada pelbagai pihak yang bimbang sekiranya berlaku peperangan di timur Eropah.
Bagi mereka yang baru sahaja mendengar mengenai konflik ini, pasti tertanya-tanya bagaimana krisis ini boleh terbentuk.
Berikut merupakan beberapa perkara yang anda perlu tahu mengenai konflik antara Rusia dan Ukraine.
Menurut seorang penulis serta penganalisis politik dan geopolitik, Ayman Rashdan Wong mengatakan konflik bermula dengan niat Ukraine ingin menyertai NATO iaitu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (North Atlantic Treaty Organization) yang diasaskan oleh Amerika Syarikat pada tahun 1949.
Tujuan asal penubuhan NATO adalah untuk mengekang Soviet Union atau USSR (Union of Socialist Soviet Republics), satu kesatuan negara-negara komunis yang menggabungkan Russia, Ukraine, Belarus, Georgia, Kazakhstan dan 10 buah negara yang lain.
Untuk counter balik NATO, USSR juga menubuhkan pakatan Warsaw Pact yang dianggotai negara komunis Eropah Timur seperti Poland, Czechoslovakia, Hungary dan Romania.
Dengan itu wujud satu “buffer zone” antara NATO dan USSR yang menjamin keselamatan USSR. Kalau NATO nak serang USSR, negara-negara ni yang akan kena dulu. USSR ada ruang dan masa untuk defend.
Pada tahun 1991, USSR dibubarkan akibat pelbagai masalah ekonomi dan politik dalaman. Russia, Ukraine, Belarus, Georgia dan lain-lain jadi negara yang merdeka.
Tapi US tak bubarkan NATO, malah siap masukkan bekas ahli Warsaw Pact dan juga bekas negara USSR seperti Estonia, Latvia dan Lithuania ke dalam NATO.
Maksudnya apa? Maksudnya NATO ni memang nak target Russia, tak kisah lah Russia ni komunis ke tak komunis.

Dalam sejarah, Russia pernah diserang oleh Poland-Lithuania (1609), Perancis (1812), Poland (1920) dan Jerman (1941) dari barat. Serangan 1609 dan 1941 cukup traumatik dalam memori orang Russia. So Russia memang mementingkan buffer zone yang diwujudkan pada zaman USSR.
Dengan NATO yang semakin besar ini, “buffer zone” Russia semakin mengecil. So Putin mula nak fight back.
Pada tahun 2008, apabila Georgia mengumumkan deme nak masuk NATO, perang meletus antara Russia dan Georgia.
Tapi perang tak lama (12 hari), tujuan Russia lebih kepada bagi warning, secure kawasan separatis pro-Russia (Abkhazia dan South Ossetia), pastu blah.
Sampai sekarang Georgia tak masuk-masuk NATO lagi. Bukan Georgia takut, kuasa besar NATO yang kecut. Macam Jerman yang bergantung kepada bekalan gas Russia. Nanti kang Putin potong bekalan gas, mampuih Jerman.
Selepas Georgia, Ukraine pula gatal nak masuk NATO. Pada tahun 2014, geng pro-NATO di Ukraine menggulingkan kerajaan Yanukovych yang pro-Russia.
Berbanding Georgia, Ukraine lagi kritikal kepada Russia sebab Crimea di selatan Ukraine adalah tempat terletaknya pengkalan tentera lautnya.
Zaman USSR, Russia boleh park tentera dan kapal dia kat situ macam tu saja. Selepas Ukraine merdeka daripada USSR, Russia kena bayar sewa kepada Ukraine untuk akses Crimea.
Kalau Ukraine masuk NATO, bukan saja Russia tak boleh pakai Crimea lagi, malah kapal perang NATO boleh memasuki Laut Hitam dan menyekat laluan Russia. Kapal Russia tak boleh keluar. Mampuih Russia.
So Putin tak boleh duduk dan tengok Ukraine bergolak saja. Selepas Yanukovych digulingkan, Putin terus menakluk (“annex”) Crimea. Crimea jadi milik Russia sampai ke hari ini.
Selepas secure Crimea, Russia bagi bantuan kepada separatis pro-Russia di Donbass (Donetsk dan Luhansk) di timur Ukraine untuk kacau dan pressure Ukraine. Gaduh punya gaduh, MH17 jadi mangsa.
Selepas Zelensky jadi presiden pada tahun 2019, ketegangan Russia dan Ukraine reda sikit sebab Zelensky ni bukan dari blok pro-NATO macam Yushchenko, Tymoshenko atau Poroshenko. Tapi dia juga tak pro-Russia macam Yanukovych. So dalam isu NATO dia samar-samar.
Putin tak nak samar-samar, dia nak Ukraine bagi jaminan tak akan masuk NATO, baru Russia boleh berdamai dengan Ukraine.
So Russia selang beberapa bulan akan hantar tentera ke sempadan Ukraine untuk psiko Zelensky. Cuma kali ini dia punya hype lain macam.
Terutamanya US dan UK, tak relax langsung. Tak habis-habis cakap Russia nak serang, Russia nak serang. Tapi tuan punya badan (Zelensky) pula kata dia tak tau pun Russia nak serang. Siap suruh Biden relax.
Pemimpin negara NATO yang lain berbondong-bondong jumpa Putin pujuk Russia jangan serang Ukraine. Macam Macron (presiden Perancis).
Ujarnya, negara-negara NATO mempunyai agenda tersendiri walaupun berada dalam satu pakatan.
Secara ringkasnya, hanya Putin dan penasihatnya yang tahu sama ada berlakunya perang besar yang digembar-gemburkan media.
Jika berlakunya penaklukan terhadap Ukraine, ia tidak memberi kepentingan kepada Rusia kerana Rusia semahunya ingin mengelak wujudnya sempadan NATO.
Kata saudara Ayman, ketegangan kali ini tidak akan membawa kepada perang dan jika berlaku pun, ia hanyalah peperangan singkat dan terhad untuk menguatkan posisi Rusia di timur Ukraine.
Boleh baca ulasan ringkas beliau di SINI.