Perang Belum Berakhir, PBT Kini ‘Serang’ Kawasan Perumahan 3

‘Perang’ Belum Berakhir, PBT Kini ‘Serang’ Kawasan Perumahan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Perang belum berakhir, PBT kini ‘serang’ kawasan perumahan.

‘Perang’ antara pihak Hot Burger Malaysia dan pihak berkuasa tempatan nampaknya semakin panas apabila beberapa premis perniagaan kecil telah dirobohkan kerana tiada kelulusan daripada pihak Majlis Bandaraya Shah Alam.

Tidak lama kemudian, dilaporkan pihak Majlis Perbandaran (MPS) turut mengambil tindakan sama apabila merobohkan beberapa binaan yang dibina tanpa mendapat kelulusan daripada MPS.

Perang Belum Berakhir, PBT Kini ‘Serang’ Kawasan Perumahan 1

Tindakan MPS nyata tidak bercanggah kerana ianya mengikut undang-undang Seksyen 46(1)a (Roboh dan Pindah Halangan) – Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

BACA: Keluar Kenyataan Hina Polis Dan Tentera, Asri Janggut Dipanggil Ke Bukit Aman

Melalui perkongsian di laman Facebook MPS, dengan bantuan seorang pegawai dan 30 orang anggota operasi yang menargetkan kawasan perumahan itu telah merobohkan beberapa garaj kereta yang dibina secara haram.

Perang Belum Berakhir, PBT Kini ‘Serang’ Kawasan Perumahan

Tindakan MPS ini nyata menimbulkan kemarahan orang ramai yang turut mencabar supaya bertindak dengan lebih adil dan bukannya seperti ‘membalas dendam’.

Perang Belum Berakhir, PBT Kini ‘Serang’ Kawasan Perumahan 2

Terdahulu, pengasas Hot Burger, Asri Janggut yang membongkar kegiatan perjudian dan aktiviti haram di kawasan perindustrian Sungai Buloh sehingga membawa kepada penahanan beberapa kakitangan MBSA oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terbaharu, Pengarah Jabatan MBSA telah ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes melindungi premis pernigaan haram dan pusat perjudian.

https://www.facebook.com/odisimy/posts/2004447213021818

Namun, Asri Janggut seakan tersalah langkah apabila mengeluarkan kenyataan berbaur kontroversi iaitu kebanyakan anggota polis dan tentera tidak menjaga solat mereka.

Keluarkan Kenyataan Hina Polis Dan Tentera, Asri Janggut Dipanggil Ke Bukit Aman

Susulan itu, beliau telah diminta hadir ke Bukit Aman awal pagi tadi bagi memberikan keterangan mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan kerana kenyataan yang mendatangkan khianat awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.