Markas Tentera Angkasa Lepas Perancis 1

Perancis Bakal Bina Markas Tentera Udara Angkasa Lepas Menjelang 2020

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sebagai langkah meningkatkan keupayaan pertahanan negara, Perancis kini bakal mewujudkan ‘space command’ dalam angkatan tentera udara di luar angkasa September tahun depan.

Berita ini diumumkan oleh Presiden Perancis, Emmanuel Macron semasa ucapannya bersempena dengan sambutan perayaan Hari Bastille pada 14 Julai lalu. Di Perancis, Hari Bastille disambut sebagai mengingati peristiwa penyerangan rakyat Perancis di Penjara Bastille pada 14 Julai 1789 sehingga mencetuskan Revolusi Perancis.

Bakal menukar nama daripada ‘Air Force’ kepada ‘Space and Air Force’, barisan pertahanan ini akan menggantikan Joint Space Command yang sedia ada untuk mempertahankan satelit negara.

Dengan adanya barisan ‘space command’ yang bertanggungjawab menjaga aset ruang sedia ada milik negara dan menyelaraskannya dengan pasukan ketenteraan negara Eropah yang lain, Perancis dikatakan sudah mampu untuk berperang di angkasa lepas.

Masih belum menentukan pelaburan yang terlibat, langkah yang dilakukan Presiden Macron ini dikatakan mahu ‘mencabar’ Donald Trump selepas Trump mengumumkan perancangan beliau untuk mencipta Angkatan Angkasa baharu sebagai cawangan ke-6 tentera pada tahun 2020.

Markas Tentera Angkasa Lepas Perancis

Pada Disember 2018, Perancis telah melancarkan satelit peninjau tentera baharu, CS0-1 dan berkemungkinan besar akan meningkatkan jumlahnya pada tahun akan datang.

Manakala untuk tahun 2019 hingga 2025 pula, kerajaan Perancis telah memperuntukkan hampir 3.6 bilion euro untuk pelaburan dan pembaharuan satelit Perancis di bawah program perbelanjaan ketenteraan Perancis.

Menurut sumber daripada Reuters, empat orang diplomat senior dari Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara sudah meletakkan target mahu mengiktiraf ruang angkasa lepas sebagai domain peperangan pada tahun ini.

Sumber: Reuters