
‘Peragut’ Wan Maimunah Kini Giat Ragut Pahala Sambil Berniaga Sambal Ragut
‘Peragut’ Wan Maimunah kini giat ragut pahala sambil berniaga sambal ragut.
Biarpun sudah 15 tahun berlalu, iklan Waspada Peragut yang menampilkan pelakon veteran Wan Maimunah masih lagi diingati sehingga kini.
Bukan hanya watak utamanya yang diingatii rakyat Malaysia, tetapi juga watak peragut yang tampil dalam iklan berkenaan.
Hujung tahun lalu, pelakon yang melakonkan watak peragut dalam iklan berkenaan, Mohd Uzreen Mohd Kassim meluahkan rasa terharu kerana iklan tersebut masih diingati sehingga kini walaupun ia tidak lagi ditayangkan.
BACA: ‘Peragut’ Wan Maimunah Lahir Rasa Terharu Aksinya Diingati
Terkini, beliau yang mesra menggelarkan dirinya sebagai Abang Shim dikatakan sedang menjalankan perniagaan sambal secara kecil-kecilan yang diberi nama Sambal Ragut.


Tidak terhenti di situ, Abang Shim juga aktif menjalankan kerja-kerja kebajikan yang dipanggil sebagai projek #ragutpahala.


Untuk sertai program #ragutpahala ini, anda bolehlah salurkan dana ke akaun:
Maybank Berhad
564397124637
Komuniti Harmoni Kita
Sekiranya anda mahu membeli produk Abang Shim, anda bolehlah klik di pautan ini: Sambal Ragut
Terdahulu, Abang Shim berkongsi yang itu adalah kali pertama menerima tawaran berlakon dalam iklan berkenaan kerana tiada pekerjaan ketika itu.
Mohd Uzreen yang kini bekerja sebagai pemandu lori ditawarkan berlakon dalam iklan oleh seorang rakan yang ketika itu bekerja di Filem Negara Malaysia (FNM).
Katanya, tawaran itu datang secara spontan dan tiada pengalaman berlakon. Oleh sebab tiada pekerjaan ketika itu, dia hanya menerima untuk mencuba walaupun rasa agak kekok dan susah untuk melakukannya.
Walaupun tiada pengalaman, Mohd Uzreen menganggapnya sebagai kenangan terindah terutama apabila digandingkan dengan pelakon veteran seperti Wan Maimunah.
Trending now



