
Penyokong Sekali Lagi Merusuh Di Stadium GBK, Netizen Ragui Kredibiliti Indonesia ‘Host’ Piala Dunia
5 September lalu, Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta digemparkan dengan rusuhan penyokong Garuda Indonesia susulan daripada kekalahan pasukan Indonesia semasa menentang pasukan Malaysia untuk Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 sehingga menyebabkan Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) didenda sebanyak RM190,000 oleh Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
BACA: Dibaling Dengan Objek Besi Dan Air Kencing, Syed Saddiq Buat Laporan Kepada Kerajaan Indonesia
Namun semalam, kekecohan berlaku lagi di stadium keramat ini apabila menyaksikan kekalahan pasukan Persebaya Surabaya di tangan PSS Sleman semasa aksi Perlawanan Liga 1 2019 oleh penyokong pasukan Persebaya yang tidak berpuas hati dengan mata akhir mereka iaitu 2-3.
Berikutan dengan itu, beberapa fasiliti stadium telah dirosakkan penyokong yang merusuh antaranya papan pengumuman dibakar sehingga menghasilkan asap hitam yang tebal selain daripada menceroboh ke lorong masuk pemain.
Rusuh tipis cuk. Ambyar. Comeback stronger cak-cakku. ✊🙏#Liga1Match #PSBYxPSS
📷 : Om Iks (WAG Keluarga) pic.twitter.com/iC5ALjBqvj
— GARAGARABOLA (@garagarabola_) October 29, 2019
Kekalahan yang menyebabkan Persebaya gagal menang dalam enam perlawanan akhir menyebabkan mereka berada di tangga ke-9 dengan kumpulan mata 31; tujuh kemenangan, 10 seri dan lapan kekalahan.
Susulan dengan kejadian rusuhan ini, kini kredibiliti Indonesia sebagai tuan rumah bagi Piala Dunia U-20 2021 telah dipersoalkan kerana tidak mampu untuk mengawal tingkah laku penyokong yang hadir menonton perlawanan.
Sangat di sayangkan ketika indonesia sudah di tunjuk sebagai tuan rumah piala dunia U-20 oleh fifa malah ada kejadian seperti ini 😩
— Viliansyah (@Viliansyah_) October 29, 2019
Fifa harus berpikir ulang nih, masa calon tuan rumah PD U-20 masih kaya gini
— Ozul ➐ (@Ozul_23) October 29, 2019
https://twitter.com/syaffiq7474/status/1189164690628206592
Daripada 10 buah stadium yang dicadangkan oleh PSSI, hanya enam buah yang akan FIFA pilih sebagai lokasi perlawanan, namun ianya masih lagi tidak didedahkan oleh pihak PSSI.
Antara stadium yang dinamakan ialah Stadium Utama Gelora Bung Karno (Jakarta), Stadium Pakansari (Bogor), Stadium Patriot (Bekasi), Stadium Wibawa Mukti (Cikarang), Stadium Gelora Bandung Lautan Api (Bandung), Stadium Si Jalak Harupat (Soreang), Stadium Manahan (Solo), Stadium Mandala Krida (Yogyakarta), Stadium Gelora Bung Tomo (Surabaya) dan Stadium Kapten I Wayan Dipta (Bali).
Setakat ini, masih belum ada kenyataan rasmi daripada FIFA mengenai respon mereka kepada kekecohan ini. Harapnya Indonesia lebih peka agar peluang yang diberikan oleh FIFA ini tidak disiakan begitu sahaja.
One Piece, manga paling panjang setakat ini.
ONE PIECE : Manga Paling Laris
dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.