
Penyelidik Temui Spesis Baharu Dikenali Lipas Laut Di Perairan Indonesia
Spesis baharu dikenali lipas laut di Perairan Indonesia
Kehidupan marin merupakan salah satu keindahan yang dicipta oleh tuhan, pelbagai bentuk fizikal dan corak warna yang menarik.
Sebenarnya banyak lagi kehidupan marin yang masih menjadi misteri yang belum diterokai oleh saintis lagi.
Terkini, Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia (LIPI) secara rasmi mengesahkan pengenalan spesies baru lain: Bathynomus raksasa ataupun lipas laut.
Lipas laut ini adalah isopod raksasa yang biasanya dijumpai menggali dan mengorek sisa-sisa haiwan laut mati di dasar lautan. Ia sering disebut ‘lipas laut’ kerana menyerupai lipas yang kita kenali yang suka berada di tempat kumbahan dan di sudut sudut rumah kita.
Sama seperti namanya, isopod raksasa ini juga dapat bertahan untuk jangka waktu yang lama tanpa makanan, seperti ‘saudara’ mereka di daratan.
Lipas lau ini ditemui ketika sekumpulan penyelidik mengadakan ekspedisi tahun 2018 untuk meninjau perairan yang belum dipetakan di pesisir selatan Jawa Barat, Indonesia.
Diketuai oleh Ketua Muzium Sejarah Alam Lee Kong Chian (LKCNHM) Universiti Nasional Singapura (NUS), Peter Ng, pasukan itu menemui dan mengumpulkan ribuan makhluk yang merangkumi 63 kawasan tinjauan yang berbeza dalam dua minggu.
Pasukan ini menggunakan pelbagai alat penerokaan laut dalam seperti pukat, kapal korek, kapal, dan multicorer untuk mengumpulkan pelbagai makhluk yang mereka temui.
Lipas laut ini ada pelbagai bentuk dan ukuran, dengan saiznya rata-rata 33 sentimeter tetapi ada juga yang boleh mencecah saiz sehingga 50 sentimeter!
Menurut Muzium Sejarah Alam London menyatakan, ukuran lipas laut semakin besar kerana disebabkan oleh kurangnya pemangsa semula jadi di habitat laut dalam mereka yang mahu makan mereka.
Katanya, spesis ini memiliki daging lebih sedikit daripada ketam yang menjadikannya kurang menarik bagi pemangsa lautan.
Penemuan pertama kali lipas laut ini adalah sangat penting kerana akan menggalakkan lebih banyak ekspedisi dan penyelidikan untuk mengeluarkan misteri laut lebih-lebih lagi di sekitar Nusantara.
Sumber: CNN Indoensia, Axello