Casing Telefon Boleh Merangkak

Penyelidik Sedang Bangunkan Casing Telefon Boleh Merangkak Cari Pengecas

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Casing Telefon Boleh Merangkak Cari Pengecas

Teknologi menyebabkan manusia jadi malas?

Zaman moden ini terlalu banyak teknologi diba­ngunkan bagi membantu dan memudahkan kerja manusia sekali gus memberi perubahan dan impak besar dalam kehidupan seharian.

Jika dahulu (sekarang pun masih guna juga kaedah ini) mengecas telefon dengan mencucuk kabel pengecas di lubang khas, sekarang kita ada pengecas tanpa wayar dan makin banyak syarikat mahu membentuk telefon pintar tanpa didatangkan sekali pengecas.

Esok lusa pula, telefon kita merangkak sendiri mencari pengecas.

Takjub? Inilah produk yang sedang dibangunkan oleh sekumpulan penyelidik dari Korea Selatan. Penyelidikan yang dibuat adalah casing telefon yang bergerak menggunakan gegaran dalam badannya untuk membawa telefon ke pad pengecas.

Dipanggil CaseCrawler, cara ia berfungsi berdasarkan lapan kaki yang digerakkan moto. Apabila digerakkan mengikut halaju tertentu, casing ini akan menjana pergerakkan dan arah pergerakan dikawal mengikut kepantasan kaki bergerak di setiap sisinya.

Menurut pembangunnya, CaseCrawler boleh membawa beban 13 kali ganda lebih berat daripada badannya. Dalam demonstrasi tersebut, CaseCrawler miliki berat berjumlah 22.7 dan mampu menarik beban 190g masuk ke platform pengecasan.

Bagaimanapun, pembangunnya tidak pula mengatakan berapa lamakah waktu operasi casing bergerak itu.

Casing Telefon Boleh Merangkak

Laporan tersebut memperincikan bahawa penyelidikan ini juga dapat membuka jalan untuk lebih banyak ciptaan yang tak terjangkau pada masa depan, bahkan mungkin telefon yang dapat berjalan atau merangkak kepada anda ketika dipanggil.

Sementara itu, ada sebuah penyelidikan yang menerangkan kaedah bagaimana memproses sisa durian untuk membantu mengisi semula bateri dengan cepat.

Berdasarkan kajian ini, mengecas bateri dengan durian boleh berlaku kerana tekstur kulit yang berduri. Penyelidik telah membuktikan keberkesanannya melalui sisa kulit dari buahnya.

Ia boleh menjadi kapasitor super yang mempunyai keupayaan untuk menyimpan sejumlah besar tenaga untuk menyokong teknologi pengecasan cepat.

Tak sabar untuk melihat hasil kedua-dua penyelidikan ini!

Sumber: Gizmodo