
Penyakit Kawasaki Kemungkinan Ada Kaitan Dengan COVID-19
Bulan lalu, Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan Britain mengeluarkan amaran pertama berkenaan dengan peningkatan kecil bilangan kanak-kanak yang dijangkiti COVID-19 mempunyai ciri bertindih dengan sindrom kejutan toksik dan penyakit Kawasaki tidak tipikal.
BACA: Saintis Beri Amaran Vaksin COVID-19 Mungkin Tidak Akan Ditemui, Ini Sebabnya
Walaupun agak menakutkan, kebanyakan pesakit pulih tanpa isu yang serius. Di New York, 15 kanak-kanak (empat daripadanya disahkan positif COVID-19) dimasukkan ke hospital susulan menghida[ penyakit radang yang jarang berlaku dan mungkin berkait dengan COVID-19.
Enam daripada 10 kanak-kanak yang negatif didapati mempunyai antibodi sekali gus menimbulkan cadangan bahawa mereka pernah dijangkiti COVID-19. Bagaimanapun, tiada kematian dilaporkan dalam kalangan kes terbabit.
Untuk pengetahuan anda, penyakit Kawasaki adalah masalah kesihatan yang masih lagi kekal misteri yang berlaku dalam kanak-kanak terutamanya yang berumur hingga lima tahun yang akan menyebabkan keradangan dinding arteri dan pesakit mengalami demam, kulit menggelupas serta sakit sendi.

Tiada pemeriksaan khusus bagi menentukan seorang kanak-kanak menghidapinya, penyakit yang dikatakan tidak menular ini turut dikaitkan dengan kelainan genetik yang berisiko dialami kanak-kanak lelaki.
Sekurangnya 50 kes dilaporkan di negara Eropah termasuklah Perancis, Switzerland, Sepanyol dan Britain yang mana telah membawa satu kematian. Menurut sumber Wikipedia, setakat ini Jepun mencatatkan jumlah kes paling tinggi.
Penyakit ini bermula dengan demam berpanjangan yang tidak bertindak balas kepada dos normal parasetamol atau ibuprofen. Demam yang mungkin berpanjangan selama sehingga dua minggu dan biasanya diiringi keresahan.
Sumber: NY Times
Atas nasihat kesihatan, rakyat Malaysia yang mahu melakukan pergerakan keluar dari rumah disarankan untuk memakai topeng muka dalam usaha mengekang penularan.
Jika anda masih lagi belum mempunyai topeng muka, dapatkan sekarang topeng muka tiga lapis di MR. DIY dengan harga potongan sebanyak RM10 untuk setiap pembelian.
Klik DI SINI untuk lakukan pembelian.
Trending now



