
Penyakit ‘Ain: Boleh Berlaku Bukan Hanya Dengan Menunjukkan Wajah Bayi
Penyakit ‘ain ialah penyakit yang disebabkan oleh pandangan mata yang disertai dengan sifat iri hati atau rasa takjub terhadap apa yang dipandang.
Ianya boleh terjadi sama ada dari orang yang dengki atau orang yang dicintai mahupun juga dari orang yang jahat atau orang yang soleh.
Penyakit ‘ain tidak mempunyai kaitan dengan sihir tetapi merupakan satu ketentuan dari Allah yang berpunca dari pandangan mata.
Ustaz Mohamad Razif Bin Mohamad Fuad di laman Facebooknya telah memberikan sedikit penerangan mengenai penyakit ‘ain yang sering menimbulkan keraguan di kalangan masyarakat.
Dalam hantaran tersebut, beliau menjelaskan penyakit ‘ain sebenarnya boleh berlaku semudah menunjukkan kulit sahaja dan tidak semestinya dengan memperlihatkan wajah keseluruhan.
Turut diajarkan ucapan dan doa yang boleh diamalkan apabila mengagumi sesuatu kerana penyakit ‘ain juga boleh terkena pada orang dewasa dan bukannya pada bayi sahaja.
Ikuti penjelasan ringkas mengenai penyakit ‘ain dari Ustaz Mohamad Razif berikut:
Antara salah faham paling besar adalah menganggap penyakit ‘ain itu bila tunjuk wajah bayi semata-mata. Sebenarnya tak perlu tunjuk wajah. Tutup dengan bantal pun tak apa 🤭 Penyakit ‘ain boleh kena semudah melihat kulit, ataupun kereta, harta dan sebagainya.
Kisah Sahl bin Hunaif yang terkena penyakit ‘ain bila kulitnya yang putih bersih dipandang Amir bin Rabi’ah, masa beliau buka jubah.
Sebahagian ulama menghukumkan ’ain juga terkena pada harta berdalilkan Surah al-Kahfi: 39. Ibn Kathir menukilkan sebahagian salaf berpesan untuk ucap
ما شاء لا قوة إلا بالله
bila kagum melihat keadaan, harta, anak seseorang.
Ibn al-Qayyim dalam al-Tibb al-Nabawi pula ajar supaya doakan
اللهم بارك عليه
Sebab itu saya berpandangan apa-apa yang kita ada, tak perlu ditunjukkan sentiasa. Poin utamanya, berpada-pada dan bersederhana. Media sosial amat berbahaya.
MRMF
t.me/raziffuad
Sumber: Facebook Mohamad Razif