
Penurunan Bendera Sony Simbolik Penutupan Kilang Sony Perai Selepas 36 Tahun Beroperasi
Disember 2020, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita kilang Sony di Perai, Pulau Pinang bakal ditutup selepas 36 tahun beroperasi.

Pada ketika itu, dalam satu kenyataan kepada media FMT, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Pembangunan Keusahawan, Halim Hussain berkata penutupan kilang yang menghasilkan produk audio seperti walkman bagi pasaran eksport dan tempatan ini menyebabkan hampir 3,400 pekerja terpaksa diberhentikan.
Yang mana 1,800 orang daripada pekerjanya adalah penduduk tempatan manakala selebihnya merupakan warga asing. Sebilangannya akan dipindakan ke kilang Sony di Bangi, dan mereka yang diberhentikan akan dibantu kerajaan negeri bagi mencari pekerjaan baru.
Terkini, dalam satu perkongsian di TikTok Penang Kini, sebuah video dimuat naik
@penang_kini Setelah 37 Tahun beroperasi, Hari ini Sony Penang secara rasmi menurunkan signboard dan bendera😨 dan Tamat sudah perkhidmatan😢
Sebagai simbolik secara rasminya ia ditutup, satu acara penurunan bendera Sony telah dilakukan.

Rata-rata yang pernah berkhidmat di sini meluahkan rasa sedih mereka kerana lokasi yang pernah menjadi sumber pendapatan mereka ditutup.
Menuurt Halim, penutupan kilang Sony di Perai adalah sebahagian daripada rancangan Sony untuk menyusun semula operasinya secara global dan ia adalah proses sementara yang diperlukan memandangkan persaingan sengit dalam industri pembuatan multinasional.
Kilang Sony di Perai bukan sahaja menjadi lokasi pusat penghasilan, tetapi juga sebagai pusat kajian dan penyelidikan (R&D).