
Penunjuk Perasaan Baghdad Bawa Singa Sebagai ‘Lawan’ Anjing Polis
Satu rakaman yang tular baru-baru ini bukan sahaja menggemparkan orang ramai tetapi juga media sosial apabila di dalam video tersebut memperlihatkan seorang lelaki yang membawa bersama seekor singa di kawasan umum semasa melakukan demonstrasi antikerajaan di Baghdad, Iraq.
Iraqi protesters bring out the lions to counter police dogs. #Iraq #IraqProtests #IraqiProtests #Baghdad pic.twitter.com/rVdFxN5r47
— Stefan Simanowitz (@StefSimanowitz) November 14, 2019
Singa yang diikat menggunakan rantai besi di leher dipakaikan dengan bendera Iraq dibawa bersama adalah dengan tujuan untuk ‘berlawan’ dengan anjing polis. Dalam rakaman video tersebut turut memaparkan singa itu berehat bersama tuannya di kaki lima.
Sejak Oktober lalu, rakyat Baghdad melakukan protes berikutan tidak berpuas hati mengenai kegawatan ekonomi dan rasuah yang berleluasa sehingga menyebabkan kira-kira 320 individu meninggal dunia akibat pertempuran dengan petugas keselamatan.
‘Diserang’ menggunakan peluru hidup, peluru getah dan gas pemedih mata bagi membubarkan kekacauan, demonstrasi yang berlaku di beberapa lokasi Khamis lalu telah menyebabkan empat individu meninggal dunia diserang petugas keselamatan manakala lebih 65 individu lain cedera.
Menyatakan penentangan terhadap penubuhan politik negara kerana gagal melakukan penambahbaikan dan pekerjaan kepada kehidupan rakyat, kumpulan demonstrasi yang majoritinya dihadiri oleh golongan muda ini menuntut kesemua pemerintah elit yang mengambil alih selepas pencerobohan Amerika Syarikat dan penggulingan Saddam Hussein pada tahun 2003 meletak jawatan walaupun selepas Perdana Menteri, Adel Abdul Mahdi membantu golongan miskin serta penuntut kolej.
Pada tahun 2017 selepas pemberontakan ISIS, rakyat negeri yang kaya dengan hasil minyak ini cuma menikmati kestabilan perbandingan selama dua tahun sebelum mereka diterhadkan kepada akses air bersih, elektrik, penjagaan kesihatan dan pendidikan.
Sumber: Independent
Siapa sahaja yang tak kenal genre seram dari Stephen King.
12 Filem Adaptasi Terbaik Stephen King
dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.
Trending now



