Penunggang Motosikal Perli Jalan Raya Malaysia

Penunggang Motosikal Luar Negara Perli Malaysia Gagal Baiki Jalan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Apabila bercakap tentang keadaan jalan raya di Malaysia, selalunya ia akan dikaitkan dengan lubang jalan, lopak, ataupun perancangan yang tidak teratur.

Menurut tinjauan pendapat yang dijalankan oleh World Economic Forum pada tahun 2019, Malaysia berada pada kedudukan No. 21 dalam senarai 141 negara dalam aspek kualiti jalan raya.

Tular sebuah video di media sosial mengenai seorang penunggang motosikal luar negara memerli pihak bertanggungjawab yang gagal membaik pulih jalan berlubang di negara ini.

Penunggang Motosikal Perli Jalan Raya Malaysia

Seorang pengguna Twitter @EppyFizul berkongsi sebuah video yang diambil menerusi aplikasi Tiktok @landobrotherhood.

“Macam tu je pihak yang bertanggungjawab kena ‘taruk’ dengan rider luar negara pasal tak reti jaga jalan raya di Malaysia,” ciapnya.

Menerusi video berkenaan, seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi bersama rakannya dipercayai melalui sebuah lebuh raya di Peru dan mendakwa jalan raya di negara itu dalam keadaan baik.

“Kami menunggang motosikal bersama penunggang dari Ireland, Amerika, Ecuador dan Venezuela dan mereka ingin tahu apa yang berlaku.

“Kami melalui jalan yang begitu baik di Peru dan membuatkan ramai tertanya-tanya bagaimana Peru, sebuah negara yang miskin, mampu mempunyai jalan yang baik tidak ramai orang datang ke sini.

“Pihak berkuasa Malaysia tidak boleh menjaga rakyat sendiri dengan membaiki jalan berlubang. Ini perkara serius, baiki lubang, selamatkan rakyat anda,” kata penunggang tersebut.

Ciapan tersebut menarik perhatian netizen, rata-ratanya berasa malu jalan raya Malaysia disebut sebegitu oleh penunggang luar negara.

BACA: Jalan Berlubang: Terapi Berkesan Untuk Orang Sakit Jantung?