
Penulis ‘Fast & Furious’ Janjikan Keadilan Atas Kematian Han
Sehingga kini, francais Fast & Furious memiliki 10 buah filem termasuk filem spin off Hobbs & Shaw yang sedang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia dan filem akan datang, Fast & Furious 9.
Filem Fast & Furious terkenal dengan aksi tidak masuk akal dan mencabar di samping menunjukkan aksi perlumbaan kereta-kereta mewah yang menjadi kegilaan peminat kereta.
Sepanjang francais Fast & Furious, peminat filem ini pasti tidak melupakan kematian Han Lue, watak yang dilakonkan oleh Sung Kang. Watak Han diperkenalkan dalam filem ketiga The Fast And The Furious: Tokyo Drift. Deckard Shaw adalah orang yang bertanggungjawab atas kematian Han untuk membalas dendam bagi pihak Owen Shaw.
Kemunculan filem spin off Fast & Furious: Hobbs & Shaw mengangkat watak Shaw sebagai bukanlah seorang yang perlu dimusuhi. Penulis francais Fast & Furious, Chris Morgan menyatakan dalam satu wawancara bahawa akan membawa keadilan kepada watak Han.
“Saya menyatakan bahawa super-arc untuk Deckard Shaw akan menjadi salah satu yang paling menarik dan hebat dalam francais ini. Keadilan Han masih berhutang dan ia adalah sesuatu yang kita telah membincangkan dalam tempoh yang lama dan ingin berikan hak keatasnya. Saya rasa penonton akan berpuas hati dan perlu tahu ia akan datang,” jelas Chris Morgan.
Katanya, dalam babak Hobbs & Shaw yang mana sebelum berlakunya pertempuran di Samoa, Shaw ada memberitahu kepada adik perempuannya, “There’s things I’ve done that I have to make amends for”.
Skrip itu sengaja diletakkan untuk memberitahu penonton bahawa Shaw sedang bercakap mengenai Han.
Apa yang pasti, filem Fast & Furious 9 arahan Justin Lin sedang memulakan penggambaraan dan akan ditayangkan pada Mei 2020.
Sumber: Cinema Blend