Penularan wabak Daging Kelawar Koronavirus Indonesia 2

Penularan Wabak Koronavirus Tak Jejas Jualan Daging Kelawar Di Indonesia

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Meskipun penularan wabak koronavirus sudah menyebabkan lebih 1,018 kes kem4tian dengan kes positif jangkitan sebanyak 43,143, masih ada yang berani makan kelawar yang dikatakan merupakan salah satu haiwan yang menjadi punca kepada wabak berkenaan selain daripada ular eksotik dan tenggiling.

Walaupun sudah ada beberapa restoran di kawasan Manado, Sulawesi Utara, Indonesia sudah membuang kelawar daripada senarai menu mereka, ianya tetap tidak menjejaskan jualan hidupan liar berkenaan di sana.

BACA: Ahli Agama Indonesia Percaya Ruqyah Dapat Sembuhkan Wabak Koronavirus

Untuk pengetahuan anda, kelawar merupakan makanan tradisi masyarakat Minahasan di Sulawesi Utara yang kebiasaannya memasak kesemua anggota badannya termasuk kepala dan sayap dalam menu gulai lemak yang dipanggil sebagai Paniki.

Salah seorang penjual kelawar berkata, jualan kelawarnya sentiasa habis dijual yang mana purata jualan sehari adalah 50 hingga 60 ekor dan sekiranya keramaian boleh mencecah sehingga 600 ekor.

Daging Kelawar Koronavirus Indonesia 1

Menurut seorang penulis buku masakan yang juga merupakan pakar masakan Indonesia, William W Wongso, kelawar adalah sumber protein masyarakat setempat terutamanya di Sulawesi Utara.

“Bahagian yang saya sukai ialah sayapnya. Kelenjar di pangkal lengan dan leher kelawar dibuang terlebih dulu supaya tidak berbau.

Kemudian, ia boleh disalai atau dibakar bagi membuang bulunya sebelum dipotong kecil serta dimasak bersama herba, rempah dan santan.”

Penularan Wabak Daging Kelawar Koronavirus Indonesia

BACA: Ketiadaan Kes Jangkitan Koronavirus Di Indonesia Cetus Persoalan Dunia

Sudah sebulan lebih penularan wabak koronavirus melanda dunia dan kebanyakan daripada yang mengesahkan positif jangkitan adalah di negara Asia, namun menimbulkan keraguan kerana Indonesia masih lagi tidak mencatatkan satu kes positif walaupun mereka banyak menerima pelancong dari China.

Sumber: Reuters, Astro Awani, Berita Harian