Penularan Wabak Coronavirus Malaysia 1

Penularan Wabak Koronavirus: Kedudukan Kesihatan Rakyat Malaysia Semakin Terancam

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Nasi ayam memang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Hidangan yang mudah dan ringkas menyebabkan ramai memilih menu ini untuk disantap tidak kira waktunya.

Datang dari negara China, rupanya nak masak nasi ayam ini tidaklah sesukar mana pun. Jom baca resipi yang dikongsi daripada penjual nasi ayam sendiri.

Bahan untuk sup:
*1 ekor ayam dipotong 4
*1 sup bunjut
*3 ulas bawang putih
*1 inci halia diketuk

Cara penyediaan:

1. Rebus semua bahan hingga mendidih. Keluarkan ayam dan toskan. Guna separuh air rebusan untuk masak nasi dan separuh lagi dijadikan sup dengan menambah kiub ayam, daun bawang dan bawang goreng.

2. Untuk AYAM, perap dengan 1 sudu besar sos tiram, 2 sudu besar kicap cair, 2 sudu besar kicap manis dan 1 sudu besar madu. Goreng hingga perang dan potong semasa menghidang.

3. Untuk KUAH CILI, kisar 5 tangkai cili merah, 1 ulas bawang putih, garam dan gula secukup rasa, 1/2 sudu teh cuka dan 2 sudu besar sos cili.

4. Untuk KUAH KICAP, campur 1 cawan air rebusan ayam dengan 5 sudu besar kicap manis, 3 sudu besar kicap masin dan 1/2 sudu teh minyak bijan.

NASI:

Bahan-bahan:
*3 cawan beras – basuh dan toskan
*4 1/2 cawan air rebusan ayam
*3 ulas bawnag merah dihiris
*2 ulas bawang putih dihiris
*1 inci halia dihiris
*1 helai daun pandan
*Lemak dan kulit ayam
*1 sudu teh garam

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak, campur sedikit mentega dalam periuk nasi, tumis bahan yang dihiris hingga wangi, masukkan lemak ayam, kacau sehingga sebati dan pecah minyak.

2. Masukkan beras dan kacau sebati.

3. Masuk air rebusan ayam, daun pandan, garam dan beberapa titis pewarna kuning dan masak seperti nasi biasa.

Resipi Nasi Ayam

Tadaaa… Selesai untuk dihidangkan! Confirm makan sampai jilat jari!

Sumber: Fiza’s Cooking

SeoulNami memang betul-betul rasa makanan Seoul!

SeoulNami Korean BBQ, The Gardens Mall – #CubaRasa MakanLena

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.