Penularan Di Pangsapuri Cheras Berkemungkinan Disebabkan Ziarah Raya – KP Kesihatan

Penularan Di Pangsapuri Cheras Kemungkinan Disebabkan Oleh Ziarah Raya – KP Kesihatan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah tidak menolak kemungkinan penularan di Pangsapuri Cheras mempunyai kaitan dengan ziarah Hari Raya Aidilfitri.

BACA: Penjawat Awam Kantoi Palsukan Surat Kebenaran Rentas Negeri Untuk Beraya

Kes pertama kluster baharu di Pangsapuri Segar Ria telah dikenal pasti hasil daripada saringan pelajar pusat tahfiz yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Namun kesemua daripada mereka didapati tidak mempunyai sejarah dalam menghadiri perhimpunan di Seri Petaling.

KKM Gagal Lindungi Petugas Kesihatan

Tidak menolak kemungkinan penularan di Pangsapuri Cheras tersebut; enam kes yang dikesan (tiga kes merupakan penghuni pangsapuri, tiga kes di luar kawasan pangsapuri) mempunyai kaitan dengan aktiviti ziarah Hari Raya Aidilfitri/

“Mereka telah dikesan melalui tindakan pengesanan kes secara aktif. Kes-kes positif kluster ini adalah merupakan ahli keluarga dan rakan kepada kes pertama yang dikesan.

Punca jangkitan kluster ini masih dalam siasatan, namun besar kemungkinan penularan COVID-19 adalah berkaitan dengan aktiviti kunjung mengunjung sebelum dan semasa Hari Raya Aidilfitri.”

Bermula daripada kes mula dikesan, beberapa tindakan Active Case Detection telah giat dijalankan termasuklah pengasingan kontak dan aktiviti persampelan, aktiviti nyah kuman dan nyah cemar, serta hebahan pendidikan kesihatan berkaitan pencegahan jangkitan.

Setakat ini, kluster pangsapuri ini tidak melibatkan pangsapuri lain yang terdekat.

https://www.facebook.com/odisimy/posts/1930943940372146

Terdahulu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata aktiviti ziarah raya termasuklah Hari Raya Aidilfitri, Pesta Keamatan dan Hari Gawai hanya dibenarkan pada hari pertama perayaan sahaja dengan had maksimum 20 orang sahaja, namun ianya tidaklah digalakkan.

Sumber: Astro Awani