
Penularan COVID-19 Tak Halang Rakyat Korea Selatan ‘Serbu’ Panggung Wayang Pandu
Dalam pada negara lain termasuk Malaysia mengisytiharkan perintah kawalan pergerakan mahupun perintah berkurung, Korea Selatan tidak berbuat demikian namun mampu mengawal peningkatan kes jangkitan COVID-19.
Masyarakat dunia ketika ini hanya mampu menghiburkan diri sendiri dengan berkurung di dalam kediaman masing-masing sambil memuat naik aktiviti mereka di laman sosial tetapi berbeza bagi Korea Selatan.
Sebahagin penduduk Korea Selatan memang hanya duduk di dalam rumah namun sebahagian yang lain memilih untuk menggunakan panggung wayang pandu masuk sebagai salah satu cara untuk menceriakan hidup tanpa risiko dijangkiti COVID-19.
Di panggung wayang pandu masuk Park Dong-ju, penggemar filem menghabiskan masa menonton dari dalam kenderaan mereka yang diparkir di depan layar gergasi. Barisan panjang kereta memasuki panggung wayang pandu berkenaan, mencari ruang selamat untuk menikmati filem tanpa risiko dijangkiti virus yang mengganas di seluruh dunia.
“Berlaku peningkatan antara 10% hingga 20% jualan pada hari biasa dan tiket habis dijual pada hujung minggu,” kata Park.
Laman web panggung wayang pandu masuk yang dikendalikan Park menunjukkan iklan bertulis ‘Dibuka sepanjang tahun’, sesuatu yang berbeza susulan penutupan beberapa perniagaan akibat wabak berbahaya itu.

Menurut pekerja hospital, Choi Jin-young, dia perlu menunggu 2 jam untuk mendapatkan tiket kerana bimbang tiket akan habis terjual pada hujung minggu.
“Saya dan teman lelaki memilih panggung wayang pandu masuk ini kerana ia lebih selamat berbanding di dalam bangunan,” katanya yang berusia 21 tahun.
Bagi Park Ji-seung, 24, pula dia enggan melakukan aktiviti di luar rumah kerana wabak COVID-19 dan merasakan lebih selamat menonton filem di panggung wayang pandu masuk ini.
Sementara itu, Perdana Menteri Korea Selatan, Chung Sye-kyun menggesa semua aktiviti keagamaan, sukan dan tempat hiburan digantung operasi selama 15 hari. Dalam waktu yang sama, meminta orang ramai untuk bekerja dari rumah dana menahan diri daripada berada di luar.
Setakat Ahad, negara itu mencatatkan 8,879 kes virus berkenaan sekali gus mendorong pihak berkuasa melarang orang ramai berkumpul. Semua acara seperti konsert K-pop hingga suka telah dibatalkan atau ditangguhkan kerana penularan tersebut.
Sumber: Jakarta Post
Trending now



