
Penuh Dengan Emosi, Lagu Dinosaur Ciptaan Kanak-Kanak 4 Tahun Ini Dipuji Pakar Muzik
Jepun memulakan cuti panjangnya selama 10 hari bermula 27 April bagi menyambut peralihan takhta Maharaja Jepun kepada Putera Mahkota Naruhito pada Selasa dan Rabu ini (30 April dan 1 Mei).
Cuti panjang itu terkenal kepada warga pekerja Jepun yang dikenali sebagai Golden Week, menggabungkan beberapa cuti umum yang jatuh pada 29 April dan 3 hingga 6 Mei.
Ironinya, rakyat Jepun yang terkenal dengan sikap ‘gila kerja’ didapati tidak gembira apabila diberi cuti 10 hari. Ini disebabkan tidak sampai separuh daripada purata sembilan hari bilangan cuti setahun yang diperuntukkan kepada pekerja di Jepun, dimanfaatkan oleh mereka.

Menurut laporan Daily Mail, kajian mendapati 45 peratus daripada rakyat negara matahari terbit itu tidak gembira dengan pengumuman cuti dan hanya 35 peratus sahaja yang gembira.
Kebanyakan mereka runsing dengan cuti yang panjang itu kerana tidak tahu bagaimana untuk meluangkan masa yang ada. Manakala golongan ibu bapa yang perlu bekerja pula terpaksa memikirkan alternatif lain memandangkan pusat jagaan kanak-kanak akan tutup sepanjang cuti berlangsung.
Menurut mereka, jika mereka pergi melancong, pasti akan sesak kerana kos meningkat. Ramai menjangkakan Tokyo dan bandar besar lain menjadi sunyi kerana rakyat pasti akan menggunakan peluang luar biasa ini untuk bercuti ke luar negara.
Mengikut agensi pelancongan Jepun JTB, jumlah pelancong dalam dan luar negara ketika cuti panjang dijangka mencecah rekod sehingga 24.67 juta orang.
Nampaknya rakyat Jepun lebih rela bekerja daripada berehat atau bercuti. Sungguh terbalik dengan rakyat Malaysia.
Sumber: Berita Harian
Yang penting semuanya tepi laut. Pemandangan memang cantik.
5 Pulau Pilihan Utama Pelancong Ke Phuket
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.
Trending now



