Sistem PA Masjid Surau

Pentingnya Pemilihan Sistem PA Yang Betul Untuk Fungsi Kegunaan Di Masjid Dan Surau

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sistem siar raya atau audio yang dikenali juga dengan sistem PA (public address system) sangat penting dalam menjalankan fungsinya untuk menguatkan dan membesarkan suara supaya dapat disampaikan serta diperdengarkan kepada kumpulan sasaran dengan sempurna.

Di masjid dan surau, sistem PA ini dikira sangat penting dan memerlukan pemasangan serta penyelenggaraan yang cekap menggunakan khidmat profesional agar fungsi dan objektifnya tercapai bukan semata-mata kerana inginkan bunyi yang lebih kuat sehingga akhirnya membingitkan telinga jemaah sahaja.

Pengarah Yayasan Abadi, Ustaz Ihsan Abu Iman membuat perkongsian berikut di Facebooknya bagi memberikan gambaran yang lebih jelas kepada orang ramai mengenai kepentingan menggunakan sistem PA yang bersesuaian untuk digunakan di surau dan masjid. Jom baca.

Sistem PA Masjid Surau

  1. Imam kata nak mic banyak, ada efek.
  2. Makmum kata, suara nak jelas, tapi tak bingit.
  3. Orang hujung kampung kata, azan tak dengar.
  4. Orang tepi masjid kata, azan bingit sangat.

Nah, semua channel kena pakai, satu reserve.

Mic ada 7. Termasuk 3 handheld wireless.

1 imam, Mimbar, 3 Kuliah, 4 Mimbar 5,6,7 wireless. Imam pakai headworn, ada speaker monitor di depan.

Speaker ada 4 zon. Tak ganggu walau pelbagai aktiviti. Ruang utama sedang ada tazkirah. Ruang limpah masih boleh ngajar ngaji.

Speaker utama kena mix antara mid-low dan mid-high. Ada sedikit bass, tapi mid dan high untuk clear speech dan tartil bacaan yang lebih pronounce.

Bab azan, surau kena angkat menara lebih 30 kaki baru selesai soal azan kuat dan azan perlahan. (Bab ni dah lama saya tekankan kepada surau dan masjid)

Kalau speaker azan duduk bawah 30 kaki, jangankan orang kampung, imam dok di sebelah masjid juga akan sakit telinga. Pulas paling kuat pon, suara azan tak pergi jauh, tapi orang sekeliling masjid akan bingit.

Kalau pasang 30 kaki ke atas. Orang dekat dan orang jauh dengar suara azan tanpa perbezaan yang ketara.

Contoh, speaker azan masjid negeri selangor laungkan suara lebih 130dB dan boleh didengari pada kadar 61dB pada jarak 5KM. Ada orang mengadu telinga bingit? Tak ada. Sebab speaker azan berada 100 meter tinggi melebihi paras telinga orang. Justeru azan kuat, tidak bingit malah jauh pula jangkauannya.

Contoh lagi. Masjidil Haram. Azan di boleh didengari dari jarak 10KM, ada orang mengadu bingit? Tak ada. Sebab speakernya berada 550M  di atas! Di puncak menara jam! Ada lebih 2000 high freq unit terpasang di situ dengan jumlah kuasa 2.5 juta watt!

BACA: Rahsia Di Sebalik Sistem Audio Yang Tak Pernah Gagal Di Masjidil Haram

Sumber: Ihsan Abu Iman