
Pentingnya Miliki Insurans Kenderaan Dengan Pilihan ‘Agreed Value’
Insurans kenderaan adalah satu perkara yang wajib bagi pemilik kenderaan untuk memperbaharui cukai jalan. Di bawah akta Pengangkutan Jalan 1987, adalah dimestikan untuk pemilik kenderaan memiliki insurans sekurang-kurangnya Perlindungan Pihak Ketiga.
Bukan setakat mematuhi undang-undang ketika berada di jalan, perlindungan ini juga berfungsi untuk melindungi pemilik kenderaan sekiranya musibah yang tidak dijangka berlaku contohnya kemalangan. Anda juga boleh memahami kepentingan mengambil insurans kenderaan di sini.
Seperti perkongsian daripada salah seorang pemilik kereta Perodua Bezza yang baru mengalami kemalangan sehingga keadaan keretanya ‘total lost’, beliau telah bertanya kepada ahli di dalam group Facebook pemilik kereta Perodua Bezza sama ada patut atau tidak beliau menerima pampasan ‘total lost’ bernilai RM25,000.
Sebenarnya aku baru tau pasal agreed value tu, so lepasni kalau aku hidupkan roadtax aku kena cakap benda tu sekali la kan? Info baru kepada yang tak pernah ambil tau pasal benda macam ni. pic.twitter.com/T0Bjh7X1rm
— keem (@AkeemSharyzal) August 15, 2021
Menurut komen daripada salah seorang ahli group tersebut, adalah disarankan untuk pemilik kenderaan yang mengalami kemalangan ‘total lost’ itu mengambil sahaja nilai pampasan yang diterima, serta meneruskan proses pemilikan kereta baharu, namun dengan nilai bayaran muka yang lebih tinggi agar tempoh pembiayaan dapat dipendekkan.
Bukan itu sahaja, komen daripada Mohd Azhar itu turut mengingatkan pemilik Perodua Bezza tersebut untuk mengambil pakej perlindungan dengan pilihan ‘Agreed Value’ kerana nilai pampasan yang lebih tinggi. Bahkan jumlah perbezaan bayaran antara ‘Agreed Value’ dan ‘Market Value’ juga tidak jauh.
Perbezaan Agreed Value dan Market Value Insurans Kenderaan
Sekarang, anda sudah faham akan perbezaan keduanya bukan?
Menariknya, terdapat juga komen daripada netizen untuk elakkan mengambil pakej daripada pihak ketiga walaupun bayarannya lebih murah sedikit.
Ye. And one more thing, kalau boleh jangan lah ambil coverage Third-Party, Fire and Theft untuk kereta yang masih layak coverage First-Party.
Memang monthly murah utk 3rd party, tapi kalau kena accident/total lost macam ni…. mati kutu oi 😅
— Alia Natasha (@aliamelorr) August 15, 2021
Anda juga wajib kenal pasti sum insured nilai insurans yang anda ambil selari dengan nilai kereta atau hutang anda dengan bank. Ini kerana, sekiranya anda masih berhutang dengan bank, dan kenderaan anda mengalami kemalangan ‘total lost’, anda perlu membayar baki bulanan yang tinggal sekiranya anda mengambil nilai insurans di bawah nilai sebenar.
Jangan lupa sum insured yg kita cover tu . Kalau total loss kita still kena tanggung dkt bank if still ada hutang. pic.twitter.com/Ke5GvpCBM6
— Dani (@danialrzk) August 15, 2021
Walaupun ternyata pemilikan First Party adalah lebih bagus, ianya bergantung juga kepada keadaan kewangan anda.
Jangan tak ambil langsung sudahlah ya.
BACA: Kemalangan Dengan Kenderaan Tiada Insurans? Ini 5 Perkara Yang Wajib Anda Tahu