Etika Kerahsiaan Anggota Tentera 2

Pentingnya Etika Kerahsiaan: ‘Membawang’ Bangga Suami Kerja Tentera, Operasi Rahsia Pasukan Gagal

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

MASwings yang ditubuhkan pada Oktober 2007 akan menamatkan operasinya akhir Disember ini oleh pihak kerajaan kerana sudah tidak lagi berada di bawah definisi PSO Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).

Merupakan anak syarikat milik Malaysia Airlines, syarikat penerbangan ini menawarkan khidmat penerbangan serantau dengan mengendalikan Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) di Malaysia Timur telah ditamatkan kontrak yang sepatutnya berakhir pada 2024.

Antara 8 laluan yang terlibat dalam penamatan kontrak ini:

1. Kuching – Sibu
2. Kuching – Bintulu
3. Kuching – Miri
4. Kota Kinabalu – Miri
5. Kota Kinabalu – Sibu
6. Kota Kinabalu – Bintulu
7. Kota Kinabalu – Sandakan
8. Kota Kinabalu – Tawau

Proses tarik balik yang turut diwakili oleh Kementerian Pengangkutan (MoT) ini dikatakan sebagai salah satu daripada Perjanjian Obligasi Perkhidmatan Awam di antara pihak MASwings dengan MoT.

MASwings
Sumber: MASwings

Namun demikian, pihak berkenaan memberikan jaminan bahawa keputusan tersebut tidak akan mengganggu perkhidmatan udara ke 8 destinasi tersebut. Ini kerana masih ada syarikat penerbangan komersial lain yang tetap menjalankan operasi.

Penumpang yang terjejas telah dimaklumkan melalui emel, khidmat pesanan ringkas dan panggilan telefon diberi pilihan sama ada mahu menukar kepada waktu perjalanan yang lebih awal (tertakluk pada ketersediaan tempat duduk) atau dibayar balik secara sepenuhnya.

Untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Malaysia Airlines (24 jam) seperti maklumat di bawah.

Sumber: Borneo Post Online