Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBD

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBD): Pandangan Dari Seorang Guru

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) baru-baru ini telah mengumumkan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dimansuhkan mulai tahun 2022 dan digantikan dengan pengukuhan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBD).

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata, ia merangkumi 3 komponen utama iaitu Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).

Seorang guru, Mohd Fadli Salleh yang sering membuat perkongsian bermanfaat di Facebooknya telah memberikan pandangan mengenai PBD melalui hantaran terbarunya berikut.

Cikgu Fadli turut membandingkan Malaysia dengan negara-negara lain dalam ranking Programme for International Student Assessment (PISA) bagi tahun 2018.

Di manakah kedudukan Malaysia? Betul ke Malaysia lebih mendahului berbanding Singapura? Adakah Malaysia betul-betul sudah bersedia untuk PBD?

Jom ikuti diskusi ilmiah yang sangat bermanfaat ini. Terima kasih, cikgu Fadli!

Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBD

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBD) sesuaikah di negara kita?

Okeh, sebelum saya teruskan, jom kita lihat ranking PISA 2018 ini. Ranking pertama ialah negara China. Lihat keputusannya. Jauh meninggalkan negara lain.

Adakah China melaksanakan PBD? Jawapannya tidak. China melaksanakan exam oriented.

Kedua, jiran kita, Singapore. Apakah Singapore melaksanakan PBD? Jawapannya juga tidak. Singapore juga melaksanakan exam oriented. Namun katanya Singapore akan melaksanakan PBD pada 2024.

Di manakah ranking negara kita? Ranking kita tak masuk dalam poster ini kerana berada di tangga ke 56. Di bawah negara Mexico lagi.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBD

Apakah PBD tak bagus? Apakah negara maju lain tak guna PBD untuk menilai pelajar mereka?

Bagus, ada je negara top rank yang guna PBD seperti UK, Finland, Sweden, Australia dan sebagainya.

Kata Dr Anuar Ahmad,

“Secara teori PBD adalah satu sistem penilaian yang baik. PBD akan berkesan atas tiga faktor utama.

Pertama, PBD berkesan apabila bilangan murid dalam bilik darjah adalah sesuai untuk pelaksanaan PBD.

Sebab itu di beberapa negara seperti Finland dan Sweden, PBD didapati berkesan kerana bilangan murid di dalam bilik darjah mereka sekitar 20-25 orang sahaja.

Tetapi PBD tidak dilaksanakan di sekolah negara China (Shanghai adalah antara sistem pendidikan terbaik dunia di PISA tanpa PBD pun). Jepun dan Korea juga tidak laksanakan PBD kerana bilangan murid di dalam kelas mereka masih besar sekitar 35-40 orang.

Jadi bila KPM laksanakan PBD, sepatutnya langkah pertama ialah pastikan dulu bilangan murid adalah sesuai untuk PBD. Tak boleh main sumbat sahaja sebab tengok negara lain berjaya buat PBD”.

Jadi apa kesimpulannya?

Kesimpulannya simple pada saya. PBD boleh dilaksanakan jika bilangan murid dalam kelas dikecilkan.

Soalnya mampukah kerajaan kecilkan bilangan murid dalam kelas?

Jawapannya tidak mampu dalam masa terdekat kerana bilangan kelas dan sekolah yang tak mencukupi, bilangan guru yang tak cukup, (kecilkan kelas bermakna kena tambah kelas, tambah kelas bermakna tambah guru).

Jadi solusi lain macamana?

Wujudkan jawatan pembantu guru untuk membantu dalam proses penilaian dan dokumentasi.

Soalnya mampu tak jawatan ini diwujudkan dalam masa terdekat?

Jawapannya tidak mampu. Ia melibatkan kos yang besar, latihan yang memakan masa lama sebelum pembantu guru bersedia.

Jadi solusinya apa?

Hahaha. Pusing-pusing gitu ja kan?

Solusi lain ialah kembali pada exam oriented. Mungkin kah?

Macam tak mungkin kerajaan akan undur balik keputusan hal PBD ni. Benda dah umum, takkan tarik balik, ye dak?

Lagi pun ada pegawai pernah berkata pada saya,

“Kita mendahului Singapore dalam melaksanakan penilaian. Singapore di belakang kita kerana mereka nak laksanakan hanya pada 2024. Kita lebih awal dan terkedepan!”

Amboi. Semangat dia bagitahu. Cuma dia lupa bagitahu Singapore tukar pada PBD pun fasiliti dan prasarana sekolah merela cukup Tiptop. Sekolah siap ada aircond, ada lif, smart board dan berbagai kemudahan lain.

Kita? Pintu tandas pun tak ada kunci, whiteboard pun kuning, LCD pun tak ada, line internet pun terbatas, jalan ke sekolah pedalaman pun jalan laluan balak.

Dan dia lupa nak cakap, Singapore sebelum berubah ke PBD mereka dah berada di tangga kedua dalam keputusan PISA 2018.

Kita? Masih belum mencapai OECD average pun untuk reading, Mathematics and Science.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBD

So langsung tak boleh nak banggakan kita mendahului Singapore dalam keputusan ini. Mereka buat keputusan sebab dah bersedia. Kita buat keputusan sebab apa ya? Nak tahu juga.

Habis tu apa pandangan cikgu?

Nak minta kerajaan undur keputusan mereka, macam mustahil. So laksanakan je lah. Tapi kecilkan rubrik penilaian tu.

UK simple je rubrik penilaian mereka. Dapat kat kita macam nak tunjuk hebat dari negara maju lain. Huhu.

Instrumen pentaksiran kita sangat tak kondusif. Ada 123 kemahiran bahasa perlu dinilai tau. Ya, 123 kemahiran untuk seorang murid.

Kalau guru mengajar 4 kelas, sekelas ada 40 orang, maksudnya guru terpaksa membuat penilaian:

123 x 4 x 40 = 19,680.

Hampir 20,000 penilaian seorang guru BM perlu buat sepanjang tahun. Korang rasa la kan,  macamana seorang guru nak buat 20,000 penilaian tu?

Sebab tu ada yang mengatakan PBD tidak telus, penilaian ‘terbang’, penilaian secara firasat ilmu tertinggi. Haha. Yang faham tu fahamlah. Malas nak ulas bab penilaian ghaib alam lain ni.

Tu hanya untuk subjek BM, belum penilaian subjek lain lagi.

Aku secara peribadi lebih suka exam oriented. Lebih senang pantau topik mana murid lemah, penilaian lebih telus tanpa ada penilaian ghaib, keputusan depan mata dapat markah berapa.

“Oh tak boleh. Kita tak boleh banding beza murid. Bla…bla…bla…”

Ya, ya, ya… Bab tu lain post la aku tulis. Lapar nasik dah ni. Okeh, bye.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBD

Nota: Ini hanya pandangan peribadi sahaja. Mungkin betul, mungkin tidak. Tiada masalah nak berbeza pandangan, ini diskusi ilmiah. Tiada siapa salah, tiada siapa betul.

#MFS

BACA: Jabatan Kerajaan Lain Dapat Macam-Macam, Tapi Kenapa Fasiliti Sekolah Tetap Uzur Dan Mundur?

Sumber: Facebook Mohd Fadli Salleh