Pensyarah Bertanjak Di Majlis Graduasi Universiti Oxford, Tonjol Kehebatan Bangsa Melayu

Bertanjak Di Majlis Graduasi Oxford
Sumber: FB Khair Razlan Othman

Mendengar sahaja mereka yang belajar di universiti berprestij seperti Universiti Oxford, pasti menjadi kebanggaan negara kerana bukan calang-calang orang yang mendapat peluang belajar di sana.

Seorang pensyarah Universiti Multimedia Melaka, Dr. Khair Razlan Othman mendapat respon membanggakan setelah memuat naik kisahnya memakai tanjak ketika menerima Ijazah Doktor Falsafah di majlis graduasi Universiti Oxford di Facebook.

Menerusi hantaran tersebut, Dr. Khair berharap menjadi yang pertama dan satu-satunya orang Melayu yang berbuat demikian semenjak penubuhan Oxford.

Dalam tulisannya di Facebook, beliau menjelaskan, pemakaian tanjak itu juga sebagai salah satu cara memperkenalkan pakaian tradisi warisan berzaman, tanda budi dan tinggi peradaban bangsa.

“Bangsa ini sudah sekian lama mendiamkan diri. Sama ada malu atau memang tidak mahu. Sama ada ragu atau memang dalam keliru,” ujarnya.

“Saya mahu beritahu betapa hebatnya bangsa kita pada orang.”

Memetik laporan Malaysia Gazette, Dr. Khair Razlan berkata sudah mula memakai tanjak lebih awal ketika di sana tetapi merasakan ia perlu diteruskan pada majlis graduasi berkenaan.

Bertanjak Di Majlis Graduasi Oxford

Dalam pada itu, beliau yang kini pemegang PhD dalam bidang inovasi kesihatan (kejuruteraan biomedikal) turut memberitahu yang tindakannya mengenakan tanjak sebagai pengganti mortar board semasa majlis graduasi berkenaan mendapat keizinan daripada pihak universiti.

Tidak ada perkara yang mudah sepanjang tempoh pengajian, begitu jugalah yang dihadapi Dr. Khair Razlan. Beliau memulakan pengajian PhD pada bulan Oktober 2010 dan berakhir pada awal tahun ini.

"Tuan, bisa mungkinkah saya mengenakan tanjak tradisional saya semasa sidang kedua?" ujarku lembut mengaju tanya kepada…

Posted by Khair Razlan Othman on Sunday, March 1, 2020