Penonton Terpana Lihat Babak Dalam Drama ‘Vicenzo’ Sebenarnya CGI 7

Penonton Terpana Lihat Babak Dalam Drama ‘Vicenzo’ Sebenarnya Guna Teknik CGI

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Penonton Terpana Lihat Babak Dalam Drama ‘Vicenzo’ Sebenarnya Guna Teknik CGI

Drama Korea Selatan lakonan Song Jong-ki, Jeon Yeo-been dan Ok Taec-yeon, Vincenzo semakin mendapat perhatian ramai.

BACA: Tahu Ramai Yang Masih Belum Move On, TVING Bakal Keluarkan ‘Vicenzo Final Director’s Cut’ 21 Mei Ini!

Mencatatkan peningkatan pada rating tontonan, drama dengan genre komedi gelap ini mengisahkan mengenai Park Joo-hyung (Song Jong-ki) yang berpindah ke Itali selepas diambil sebagai anak angkat oleh Don Fabio, ketua keluarga mafia Cassano.

Dinamakan semula sebagai Vincenzo Cassano, kerjayanya sebagai seorang peguam mengukuhkan kedudukannya sebagai salah seorang ‘ahli Fabio’ terbaik.

Penonton Terpana Lihat Babak Dalam Drama ‘Vicenzo’ Sebenarnya CGI 8

Tapi selepas  Fabio meninggal dunia, Joo-hyung berdepan ancaman bunuh daripada Paolo, anak kandung Fabio. Untuk menyelamatkan diri, beliau melarikan diri ke Seoul, Korea Selatan untuk mendapatkan emas yang disembunyikan.

Membawa watak lelaki Itali, pastinya banyak babak-babak yang memaparkan latar belakang tempat di Itali, bukan?

Akan tetapi tahukah anda, babak yang kononnya di Itali dalam filem Vicenzo tersebut sebenarnya bukanlah di Itali sebaliknya hanya menggunakan teknik CGI?

Menggunakan teknologi Computer Graphic Images (CGI), babak-babak ini berjaya disunting dengan baik sekali sehingga terlihat real.

Penonton Terpana Lihat Babak Dalam Drama ‘Vicenzo’ Sebenarnya CGI 3

Penonton Terpana Lihat Babak Dalam Drama ‘Vicenzo’ Sebenarnya CGI 2

Pujian turut perlu diberikan kepada para pelakon kerana mampu menghayati watak biarpun hanya dikelilingi dengan green screen.

Terkini:

Peminat Vicenzo Cassano sekalian, sudah bersedia dengan Vicenzo: Final Director’s Cut?

Biarpun sudah melabuhkan tirai 2 Mei lalu, ramai sebenarnya yang masih belum move on dengan drama komedi gelap bertemakan mafia, Vicenzo.

Sehinggakan drama ini tetap menjadi nombor satu berturut-turut di platform penstriman Netflix sampai ke hari ini.

Sedar masih ramai yang masih belum move on, aplikasi TVING mendedahkan mereka akan melancarkan Vicenzo: Final Director’s Cut sebagai hadiah kepada peminatnya pada 21 Mei ini.

Yang mana dalam episod ini, babak-babak yang dipotong daripada episod terakhir Vicenzo akan ditayangkan selepas proses penyuntingan dibuat.

Tapi, episod ini eksklusif di TVING sahaja. Harap-harap akan keluar jugalah di Netflix nanti.