Penjual Mengadu Sakit Leher Lepas Layan Pelanggan Malaysia Ucap Terima Kasih Banyak Kali 3

Penjual Mengadu Sakit Leher Lepas Layan Cara Pelanggan Malaysia Ucap Terima Kasih

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Penjual mengadu sakit leher lepas layan cara rakyat Malaysia ucap terima kasih.

Hanya di Malaysia sahaja, ucapan terima kasih akan dibalas dengan terima kasih. Dan diulang beberapa kali sehingga urusan selesai.

BACA: Tak Henti Ucap Terima Kasih, Tonton Gelagat Comel Dua Beradik Bila Terima Hadiah Daripada ‘Angah’

Baru-baru ini tular satu video seorang penjual lelaki warganegara China, Xin Miao mengadu mengalami sakit leher selepas melayan pelanggan Malaysia di aplikasi Douyin menjadi tular.

Penjual Mengadu Sakit Leher Lepas Layan Pelanggan Malaysia Ucap Terima Kasih Banyak Kali 1
Sumber: Xin Miao in Malaysia

Ini kerana setiap kali pelanggan yang datang, sekurangnya tiga kali ucapan berkenaan diucapkan kepada beliau bersama dengan anggukan.

“Ini adalah cara mereka (orang Malaysia) membeli. Mereka sering mengucapkan terima kasih.

Hanya untuk membeli satu pankek stail Tianjin, ada sesetengah yang mengucapkan terima kasih sehingga tiga kali.

Contohnya, “Bos, beri saya satu pankek.” Saya tanya, “Perisa apa?” Mereka jawab, “Perisa asli.”

Saya jawab, “okey” dan mereka mengucapkan terima kasih. Apabila siap, saya beri mereka pankek, mereka ucapkan terima kasih dan membayar.

Apabila saya pulangkan wang baki, mereka sekali lagi ucapkan terima kasih. Anda lihat tiga kali kesemuanya. Ramai yang mengucapkan terima kasih sebanyak tiga kali.”

Menurut sumber SAYS, bagi mengelakkan negaranya dimalukan, setiap ucapan terima kasih akan dibalas dengan ucapan yang sama.

“Saya mesti beri respon. Mereka ucap terima kasih, saya ucap terima kasih.

Anda mahu ucap terima kasih, ucaplah terima kasih. Kenapa mesti mengangguk? Kenapa mesti menunduk?”

Sambil bergurau, beliau turut mengadu yang masalah sakit lehernya kembali kerana terlalu banyak membalas anggukan yang diberikan.

Penjual Mengadu Sakit Leher Lepas Layan Pelanggan Malaysia Ucap Terima Kasih Banyak Kali 2
Sumber: Xin Miao in Malaysia

Sebelum itu ODISI pernah menulis mengenai gelagat comel dua beradik yang menerima hadiah daripada abang mereka.