QR Pay

Penipuan QR Pay, Para Peniaga Harus Lebih Berhati-Hati

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Transaksi jual beli masa kini lebih mudah dengan adanya pembayaran secara online. Kita bagaikan tidak lagi memerlukan tunai di tangan, hanya dengan menggunakan smartphone dan sambungan internet sudah mampu membuat urusan perniagaan.

Antara pilihan pembayaran yang ada masa kini adalah seperti menggunakan perkhidamatan QR Pay atau pun DuitNow. Anda hanya perlu imbas kod QR yang disediakan peniaga dan lakukan pembayaran melalui aplikasi perbankan anda.

Walaupun begitu, seorang pemilik akaun Twitter, @FaezNajmuddin telah berkongsi pengalaman hampir ditipu oleh seorang pelanggan yang menggunakan perkhidmatan pembayaran QR Pay. Jom ikuti perkongsian beliau.

Penipuan QR Pay

Beliau mengingatkan kepada semua peniaga yang menggunakan perkhidmatan pembayaran QR Pay untuk sentiasa memeriksa sistem QRPayBiz untuk memastikan pembayaran telah berjaya diterima daripada pelanggan. Beliau telah menghadapi dengan seorang pelanggan wanita yang melakukan helah penipuan menggunakan sistem pembayaran ini.

QR Pay

Seperti di dalam gambar, hanya visual nama kedai serta jumlah nilai barangan sahaja yang tertera. Sekiranya transaksi berjaya, sepatutnya tulisan “Successful” akan muncul sebagai bukti bahawa pembayaran telah dilakukan.

Rupa-rupanya, pelanggan tersebut hanya melakukan tangkap layar skrin telefonnya dan membuat suntingan sebelum menunjukkan kepada juruwang kedai tersebut.

Aksi pelanggan tersebut melakukan tangkap layar QR Pay berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) milik kedai berkenaan.

Walaupun pelanggan berkenaan telah membawa keluar barangan daripada kedai, tuan kedai berjaya mendapatkan semula barangannya selepas terbukti tiada transaksi pembayaran berlaku selepas membuat semakan di dalam sistem.

Pelanggan tersebut berani mendapatkan penjelasan daripada pihak kedai untuk memulangkan semula duitnya. Walaupun begitu, tuan kedai berjaya menjawab dengan baik apabila menyarankan pelanggan tersebut menghubungi pihak bank atas transaksi yang telah berlaku.

Cuba anda bayangkan perkara ini dilakukan ke atas peniaga yang kurang cakna tentang teknologi pembayaran online ini, pasti ramai yang tertipu. Oleh itu, anda sebagai peniaga harus sentiasa dapatkan maklumat terkini tentang sistem pembayaran terkini untuk elakkan ditipu.

BACA: Hati-Hati ‘Online Shopping’, Trend ‘Jual Akaun’ Pada Peniaga China Kini Berleluasa

Sumber: FaezNajmuddin