
Pengunjung ‘Fun Fair’ Di Cheras Selatan Maut Terjatuh Dari Roda Ferris
Pengunjung ‘Fun Fair’ Di Cheras Selatan Maut Terjatuh Dari Roda Ferris.
Taman tema atau taman-taman hiburan adalah suatu tempat yang menyeronokkan dan dinikmati oleh hampir semua peringkat umur.
Tidak kira apa jua permainan yang disediakan, taman tema selalunya tidak menghampakan dan sering menjadi tempat tumpuan keluarga dan teman untuk meluangkan masa bersama.
Namun begitu, dalam keseronokan itu siapa sangka ia menjadi insiden tragik dalam sekelip mata sahaja.
Seorang maut, seorang cedera jatuh dari roda Ferris
Seorang pengunjung lelaki maut setelah terjatuh dari roda Ferris melibatkan tapak ‘fun fair’ berhampiran Aeon Jusco Cheras Selatan pada lewat malam Rabu.
Media memaklumkan, dalam kejadian 12.05 malam itu, pihak polis menerima panggilan daripada seorang pekerja tapak pesta ria itu memaklumkan kejadian berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintenden Mohd. Nasir Drahman berkata, saksi memaklumkan terdapat dua lelaki tempatan yang juga pengunjung telah terjatuh dari buaian berpusing di lokasi.
“Salah seorang mangsa berusia 38 tahun disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Kajang di lokasi kejadian manakala seorang lagi mangsa cedera berusia 30-an telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
“Setakat ini hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah berlaku di dalam kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.
Polis siasat punca kejadian
Mwngulat lanjut, pihaknya masih menyiasat punca sebenar kejadian sama ada terdapat kecuaian daripada pihak tapak pesta ria ataupun daripada mangsa sendiri.
Difahamkan, setakat ini hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah berlaku di dalam kejadian tersebut.
“Kita telah membuka kertas siasatan dan telah mengklasifikasikan kes terbabit sebagai mati mengejut,” ujarnya.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil membantu siasatan.
mana yg cadang nak pergi funfair kt balakong fikir fikir lah. i got it from my friend. and yes this girl in trauma.
patutla haritu lalu je tetiba jantung berdebar gila 🙂 Allahu pic.twitter.com/vbLr6Bh9fr
— Naa 🕊 (@__nhmz) November 11, 2021
Sumber: Awani