
Pengunjung China Sanggup Beratur Panjang Semata Mahu Hidu Najis Panda
Jika di Zoo Negara mempamerkan beruang panda sebagai haiwan istimewa untuk para pengunjung, zoo di China pula mempamerkan najis daripada haiwan itu kepada pengunjung mereka.
Zoo Wuhan di wilayah Hubei, tengah China mempamerkan najis panda kepada pengunjung untuk menunjukkan bagaimana sistem penghadaman haiwan itu berfungsi.
Menariknya, pameran itu menyebabkan ramai pengunjung di zoo tersebut beratur panjang semata-mata untuk menghidu najis beruang panda yang didakwa berbau wangi seperti bau buluh dan roti.

Pihak zoo memberitahu, panda tidak dapat menghadam buluh dengan baik menyebabkan najis haiwan itu banyak mengandungi daun tumbuhan berkenaan. Zoo Wuhan baru membuka pameran beruang panda pada Julai lalu yang menempatkan dua panda betina, Chun Qiao dan Pang Niu.
Pameran itu mendapat sambutan dengan peningkatan pengunjung dan petugas zoo berjanji untuk menggantikan najis panda dipamerkan setiap hari untuk dihidu mereka.
Seekor panda dewasa mampu makan lebih 20 kilogram buluh sehari dan menghasilkan 10 kilogram najis yang lazimnya digelar ‘bebola hijau’ oleh penjaga haiwan itu, kata pengarah Pusat Perlindungan Haiwan Liar zoo berkenaan, Wang Mingquan. Menurutnya, seekor panda selalunya berak lebih 10 kali sehari.
Menurut sumber, najis panda merupakan bahan mentah semula jadi dan tidak berbahaya kepada manusia. Tahi panda juga digunakan untuk membuat tisu dan teh di China. Tisu tandas mewah jenama Panda Poo (tahi panda) diperbuat menggunakan bahan itu berharga 43 yuan (RM25.50) sekotak iaitu hampir 10 kali ganda tisu tandas biasa.
Zoo itu turut menyiarkan video di media sosial yang menunjukkan bagaimana panda berkenaan menghasilkan najis.
Sumber: Metro
Manga paling laris sehingga kini.
ONE PIECE : Manga Paling Laris
dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.
Trending now



