
Pengumpul Barang Terus Melamar Kekasih Selepas Jumpa Cincin Berlian Bernilai RM 24k Dalam Timbunan Sampah
Rezeki pengumpul barang jumpa cincin berlian dalam timbunan sampah.
Rezeki merupakan salah satu rahsia tuhan yang tidak boleh diduga dengan fikiran manusia. Sering kali ia bergerak di luar jangkauan fikiran. Itulah yang disebut sebagai rezeki yang tidak disangka-sangka.
Seperti seorang pengumpul barang di Indonesia, kisahnya pada lima tahun lalu mendapat perhatian media apabila menemui sebentuk cincin berlian di tempat pembuangan sampah Supit Urang yang terletak di Kecamatan Sukun Kota Malang.
Menurut portal Suara, dia yang dikenali sebagai Harianto menceritakan tergerak hati untuk mencari barang di timbunan sampah yang sebahagiannya sudah terbakar lima hari selepas tragedi.
“Saya tidak sengaja telah menemukan sesuatu yang tampak seakan sebentuk cincin, jadi saya pun terus mengambilnya,” katanya.
Pada awalnya, Harianto beranggapan bahawa cincin itu tidak bernilai. Namun, dia telah bertanya kepada rakan serta jiran-jirannya bagi memastikannya.
“Katanya ini cincin berlian. Ukurannya selebar jari manis saya. Dan ada berlian sebesar lebih kurang biji jagung,” ujarnya.
Bapa kepada tiga orang cahaya mata itu kemudiannya meminta pandangan jirannya untuk menjual cincin tersebut. Seorang pembeli yang tinggal di daerah Sawojajar, Kota Malang telah disyorkan kepadanya.
Bagaikan rezeki jatuh dari langit, cincin berlian yang ditemukan itu adalah asli. Pada hari itu juga Harianto menjual cincin tersebut kepada pembeli tersebut pada harga cukup lumayan bagi seorang pengumpul barang iaitu sebanyak 80 juta rupiah (~RM24,000).
“Saya terkejut pada waktu itu menerima 80 juta Rupiah. Sungguh tak disangka.”
Selepas berjaya menjual cincin berlian itu, dia terus menggunakan wang yang diterima untuk membina sebuah rumah berhampiran rumah ibu bapanya.
Terus melamar teman wanita
Harianto yang bekerja sebagai pengumpul barangan terpakai selama 25 tahun turut berkata, memiliki rumah sendiri memberi keyakinan kepadanya untuk melamar teman wanita.
“Dah lama bercinta dah, tapi saya belum bersedia untuk berkahwin. Tetapi lepas saya dah memiliki rumah, saya terus melamar teman wanita saya,” katanya.
Dia telah melamar kekasihnya selepas lima hari menemui cincin tersebut. Difahamkan, pekerjaannya kini agak stabil untuknya menampung membeli barangan dapur keluarganya.
“Dan saya bersyukur kerana dapat berumah tangga dan mempunyai anak. Lumayan kerja seperti ini meskipun terpaksa berkotor,” jelasnya.
Menurut Ketua UPT Supit Urang TPA Budi Heriyanto, pengumpul barangan terpakai sering menemui barangan berharga termasuk senjata api, emas dan bayi.
Sumber: Suara
Trending now



