
Penguin Di Zoo Kembali Ceria Setelah Diberi Tonton Kartun ‘Pingu’
Penguin Di Zoo Kembali Ceria Setelah Diberi Tonton Kartun ‘Pingu’.
Bukan sahaja manusia, haiwan-haiwan juga dilihat mulai rasa kebosanan dan boleh menjadi kemurungan jika lama tidak berinteraksi atau melakukan aktiviti harian mereka.
Seekor penguin yang dikenali sebagai Pierre telah dimasukkan ke dalam pusat pemulihan selepas haiwan itu didapati tidak sihat. Paling menyedihkan, Pierre adalah spesies haiwan terancam dan satu-satunya haiwan yang berada di pusat tersebut.
Jadi, bagi mengelakkan daripada Pierre berasa bosan dan keseorangan lalu penjaganya mengambil keputusan untuk memberikan Pierre menonton rancangan kartun popular dalam kalangan kanak-kanak, Pingu melalui peranti iPad.
Haiwan marin tersebut sebelum itu dikesan seperti kesunyian ekoran tiada pengunjung datang ke Zoo Perth disebabkan perintah berkurung susulan peningkatan semula kes positif COVID-19.
Menurut laporan BBC, Pierre pada asalnya ditemui beberapa penduduk di barat daya Australia akibat dibawa arus ombak yang kuat sehingga terdampar lemah di pantai.
Ia merupakan spesies penguin Northern Rockhopper yang diancam kepupusan dan satu-satunya spesies penguin itu dibela khas dalam kawalan pemeliharaan manusia di seluruh Australia.
Bagaimanapun, penjaga Pierre bimbang haiwan liar itu tidak cukup berinteraksi sosial sesama penguin sejenis ketika tempoh pemulihan sebelum ia dilepas balik ke habitat semula jadinya.
Justeru, mereka menayangkan kartun Pingu untuk tatapan Pierre dan juga ditunjukkan video penguin spesies Rockhopper di seluruh dunia termasuk yang ada di Zoo Edinburgh, Scotland.
“Sepatutnya Pierre berada di Lautan Hindi atau sub-Antartik pada waktu ini. Ia tidak seharusnya berada di sini kesunyian,” kata Danielle Henry dari Zoo Perth.
Peguin itu sepatutnya telah berganti bulu sekali setahun demi memastikan tubuh sihat apabila tumbuh bulu baharu, tetapi proses penggantian alami itu tidak pula berlaku ketika ini.
“Situasi janggal itu mengakibatkan Pierre tidak tahan air dan beri petanda masalah bagi penguin. Namun kami anggar umurnya baru satu tahun, maka ia benar-benar amat muda,” kata Danielle.
Mujur Pierre suka menonton kartun Pingu dan benar-benar menyukainya, jelas Danielle, tetapi ia mungkin tidak sedar bahawa watak itu sebenarnya hanya rekaan imaginasi bagi seekor penguin.
Hasilnya, kesihatan Pierre semakin memberangsangkan selepas menonton beberapa episod rancangan itu.
Pierre's got feather problems, which means he can't go back into the wild and is in isolation at an Australian zoo.
To make sure he doesn't get too lonely, he's watching Pingu and livestreams of other penguins. It's hoped he can be re-homed and find some real life friends soon pic.twitter.com/kotYNRlPAi
— BBC Newsbeat (@BBCNewsbeat) August 28, 2020
Pingu merupakan karakter utama siri animasi popular penguin sebanyak 156 episod dari 1986 hingga 2006 dan memaparkan kehidupan lucu sekumpulan haiwan itu di sekitar Kutub Selatan.
Menurut Danielle, Pierre bakal dilepaskan tetapi pakar penguin menyatakan bahawa mungkin ia perlu dua sehingga empat kali proses pertumbuhan bulu baharu sebelum dibebaskan akhirnya.
Sumber: Bebas News